Sunday, December 27, 2009

Bingkisan drpd MDHZ89 utk semua rakyat Malaysia

Salam 1 Malaysia

Apa habaq semua...? Especially org kedah n semua yg mengenali diri ini..
Sudah agak lama saya x tulis new post utk tatapan korg semua...
Alhamdulillah, malam ini berkesempatan juga saya upload post baru..
Topik yg saya nak bincangkn pd kali ini ialah pasal azam baru kita semua utk tahun baru nih..2010.
Pejam celik, pejam celik... Kini kita sudah pun berada di penghujung tahun 2009 dan cuma tinggal beberapa saja lg tahun 2009 bakal meninggalkan kita, maka datanglah tahun 2010 menyapa kita semua. Justeu, bersediakah saudara semua utk menghadapinya.
Bagi mereka yg tak sempat nak merealisasikn azam dan target mereka utk thn 2009, jgnlah cepat berputus asa, sebaliknya cuba anda semua buat post mortem bg mengetahuin faktor utama yg menggagalkn niat tersebut..

Kalian juga boleh membuat perancangan yg lebih awal lg teratur dlm memastikn azam n target korang semua mampu terlaksanakn utk thn 2010.
Kepada adik2 di luar sana yg akan melangkah ke tingkatan satu, saya ucapkan selamat maju jaya dan tahniah terutama kpd mereka yg mendpt tawaran ke sekolah berasrama penuh mahupun MRSM. Teruskan usaha adik2 yg telah adik2 lakukan sblm ini dan kalau boleh cuba adik2 kekalkan rentak kecemerlangan adik2 sekalian.. Adik2 mesti ingat, perjalanan adik2 masih terlalu panjang utk diredahi... So, teruskanlah perjuangan adik2!!!

Kpd mereka yg baru saja tamat menduduki SPM 2009, jgn duduk saja atau buang masa mcm tu saja... Sebaliknya, cuba anda semua lakukan aktiviti2 yg bermanfaat dan dpt membina jiwa kalian. Kalau ada antara saudara yg ingin kerja parttime, jgn mudah terpengaruh dgn pekerja2 kat tmpt kerja yg bersikap tak baik... Jagalah sikap dan adab sopan kalian.. Saya yakin, sbg rakyat Malaysia yg betul2 menghayati konsep 1 Malaysia, anda semua mampu lakukan yg terbaik untuk diri anda dan juga negara yg kita cintai.

Tidak lupa juga kepada kalian yg baru saja menamatkn pengajian di IPTA mahupun IPTS, tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda mengharungi suatu tempoh yg agak lama sepanjang pengajian kalian di universiti saudara.... Saya berharap agar kalian semua memperoleh pekerjaan yg terbaik dan bertepatan dgn citarasa kalian... Bagi mereka yg tak dapat seperti yg diidamkn, jgn kecewa, mungkin itu adalah yg lebih baik utuk anda semua.

Happy 1 Malaysia
See u all...
Salam 1 Malaysia

Sunday, December 20, 2009

AsmaulHusna

Assalamualikum w.b.t. & Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam sesi Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna. Pada kali ini, saya ingin menghuraikan mengenai "Ar-Rahman dan Ar-Rahim". Seperti mana yg kita semua ketahui, Ar-Rahman dan Ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pengasih atau Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang.

Dalam sebuah hadis Qudsi yg dilaporkan oleh Abu Daud dan Tirmizi melalui Abdul Rahman bin Auf, dinyatakan Allah berkata, "Aku adalah Al-Rahman, aku ciptakan rahim, aku ambilkan untuknya nama yg berakar umbi drpd namaku, siapa yg menyambungnya (silaturahim) aku sambung (rahmatku) baginya dan siapa yg memutuskannya aku bagikan (rahmatku untuknya)."

Imam Ghazali menerangkan, manusia yg memiliki sifat Ar-Rahman adalah manusia yg menunjukkan sifat rahim pd org yg lalai dgn mengajaknya supaya jgn melalaikan Allah, melalui teguran ataupun nasihat secara lembut dan bukannya kasar. Org yg derhaka pula dipandang dgn pandangan yg penuh rasa kasih dan bukannya dgn pandangan hina. Setiap kesalahan yg dilakukan di dunia ini dipandang sbg kesusahan sendiri, sehingga dia berusaha sedaya upaya bg menghapuskannya. Hal ini dilakukan dgn mencurahkan rasa kasihnya pada org yg derhaka, supaya penderhaka itu dpt diselamatkan dari murka Allah. Ini kerana apabila terkena murka Allah bermakna mereka jauh drpd Allah.
Kata2 di bwh ini dpt dijadikan suatu latihan apabila kita bangun drp tidur ataupun pergi ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja destinasi yg ingin kita tujui...
Ulanginya beberapa kali:

Tuhan, jadikanlah aku alat kasih-Mu,

Di mana ada benci- biarkan aku menebarkan cinta,

Di mana ada hati-hati terluka- biarkan aku menjadi penghibur,

Di mana ada keraguan- biarkan aku menebarkan keyakinan,

Di mana ada putus asa- biarkan aku menebarkan harapan,

Di mana ada kesedihan- biarkan aku berkongsi bahagia,

Di mana ada kegelapan- biarkan aku memberi cahaya.


Amin...


Selamat Beramal...

Sunday, December 13, 2009

CUCMS Jogathon 2010

Salam Perpaduan...

Apa khabar kalian?
Kepada semua pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)...


Sudahkah anda semua bersedia utk Jogathon kali ini yg julung kalinya diadakan di Taman Pancarona, Putrajaya. Satu tempat yg sangat menarik untuk kita semua terokai...

Apa yg boleh dikatakan di sini ialah Track Jogathon 2010 merupakan suatu track yg agak mempersonakan mata memandang kerana ia terletak di kawasan berbukit. Jadi, di kiri dan kanan anda semua nanti akan dipenuhi dgn kehijauan flora yg memukau...

Maklumat berkaitan Jogathon 2010 adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 Jan 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya

Peta laluan adalah seperti berikut:

Justeru, diharapkan agar acara tahunan ini iaitu Jogathon 2010 akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh waraga CUCMS. Marilah kita bersama-sama membanjiri Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya ini bagi menjayakan segala program yg telah diatur dan dirancang.

...Jumpa anda di sana...

Selamat Pengantin Baru

Salam Satu Malaysia...
Rasanya belum terlambat lg utk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang telah pun, sedang mahu pun akan melangsungkan perkawinan ketika cuti sekolah ini. Apa saya harapkan semoga hubungan tersebut kekal hingga ke akhir hayat serta akan memperoleh zuriat yg soleh dan solehah.
Sudah pasti, sekarang ini banyak di kampung2 mahupun bandar2, diadakan kenduri kawin utk memberitahu semua bahawa pasangan2 terbabit sudah selamat diijabkabul menjadi pasangan yang sah. Walaubagaimanapun, dalam kita seronok bergembira, pastikan kita tetap mengamalkan langkah berjaga2 bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan tetap dipandang serius. Biarpun di rumah kenduri, pastikan makanan dan minuman yg dihidangkan bersih terkebih dahulu... Sebelum memulakan perjalanan, periksa keadaan kenderaan dan mulakanlah dengan doa naik kenderaan. Semoga saudara semua terhibur dengan setiap agenda dan aktiviti yang anda lakukan...

Gambar hiasan

Salam kasih daripada saya kpd saudara semua yg sudi membaca post ini.

Musim Cuti Sekolah & Perayaan

Salam Satu Malaysia kalian semua....

Sempena cuti sekolah dan musim perayaan nih (Krismas), saya ingin mengambil kesempatan ini utk berpesan pada semua agar berhati-hati serta berwaspadalah di jalan raya. Malang tidak berbau. Ingatlah, jangan memandu atau menunggang secara tergesa2 dan terlalu laju, hal ini kerana sikap sebeginilah yg mengundang kecelakaan jln raya.
Apa yg kita dapat baca melalui akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2009, terdapat dua kemalangan tragis yg meragut 5 nyawa dalam kejadian berasingan. Yang lebih menyedihkan apabila ia melibatkan seorang pengantin yg baru saja diijab kabul baru lebih kurang tiga jam... Akhirnya, seorang lagi pengantin terpaksa bersedih dan pasrah dengan kematian tersebut.
Kejadian lain pulak berlaku membabitkan dua adik beradik rentung dalam kebakaran rumah mereka akibat dirempuh sebuah lori tangki minyak. Bayangkan, nyawa mereka yg tidak berdosa pergi begitu saja... Justeru, sedarlah wahai rakyat Malaysia yg prihatin, muhasabahlah diri kita dan cuba sedia upaya kita mengubah sikap kita agar lebih sabar, berhati2 dan paling penting bertimbang rasa ketika berada di atas jalan raya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Jika perkara ini berlaku, sudah tiada gunanya menyesal lagi.
Pada kesempatan ini juga, marilah kita bersama2 bertafakur sejenak & sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada mereka yg telah pulang kerahmatullah ini... Kita doakan agar roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin...Amin.
Akhir skali, cuba kita semua renungkan pepatah Melayu ini , "Sesal dahulu pendapatan, Sesal semua tidak berguna" dan cubalah ambil pengajaran daripada apa yg telah berlaku. Jgn sampai perkara ini erlaku pada keluarga mahupun diri kita sendiri, baru kita nak menyesal. Mungkin pada saat itu, segala2nya sudah terlambat.

Pengantin tiga jam reda takdir
Oleh Nahar Tajri nahar@bharian.com.my


SANAK saudara serta rakan yang hadir pada hari perkahwinan yang bertukar menjadi majlis tahlil di homestay G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit dekat Alor Setar, semalam.

Wanita terlalu sedih terkenang suami maut nahas ngeri

ALOR SETAR: Pengantin perempuan yang kehilangan suami selepas hanya tiga jam melangsungkan perkahwinan di Taman Berlian Anak, Bukit di sini kelmarin reda dengan nasib yang menimpanya yang dianggapnya sebagai ketentuan Ilahi bagi menguji iman hamba-Nya. Inilah penjelasan Teh Affifah Shahirah, 23, kepada bapanya, Abdul Hamid Zakaria, 71, ketika pemberita meminta kebenaran untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung insiden menyayat hati yang menyebabkan beliau bergelar pengantin dan balu pada hari sama selepas kehilangan suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam kemalangan di Kangar, Perlis, kelmarin.

Mohd Ariff maut bersama ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang. Abdul Hamid berkata, anaknya yang dipanggil sebagai Teh, enggan berjumpa sesiapa kerana terlalu sedih dengan kejadian itu dan hanya mendiamkan diri di dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya, Siti Aishah Baharum, 58, sejak pulang dari Kangar, kelmarin. "Biarlah Teh tenangkan diri. Dia terlalu sedih dan tidak mahu jumpa sesiapa buat masa ini.

TEH Afiffah Shahirah (kiri) ditenteramkan sanak saudara.

"Mereka berdua sudah kenal lama tetapi berkawan rapat sejak dua tahun lalu dan banyak berhubung melalui internet kerana berjauhan. Teh melanjutkan pelajaran di Univerisiti Auckland, New Zealand manakala suaminya di United Kingdom (UK). "Saya kenal menantu saya dan saya memang bersyukur dikurniakan menantu seperti arwah. Ketika mahu melamar Teh, Mohd Ariff bertanya pada anak saya sudikah beliau melahirkan zuriatnya yang seterusnya membawa kepada hal nikah kahwin semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di majlis tahlil yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan di sini, semalam. Katanya, beliau juga sempat mengarang 12 rangkap pantun untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki hari ini (semalam) yang kini sebaliknya hanya tinggal kenangan. Terdahulu, Teh dilihat masuk ke 'homestay' G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit yang disewa khas untuk melangsungkan majlis perkahwinannya yang kemudian bertukar kepada majlis tahlil pada kira-kira jam 12.30 pagi.


GAMBAR kenangan Allahyarham Mohd Ariff mencium dahi Teh Afiffah selepas majlis akad nikah, kelmarin.


Beliau yang kelihatan sugul dilihat bersalaman dan berpelukan dengan saudara terdekat selain kenalan rapat yang sedia menanti sejak awal pagi. Teh kemudian dilihat masuk ke dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya yang turut membawa baju pengantin berwarna ungu bersama mereka. Pada kira-kira jam 1 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir bagi memenuhi jemputan namun beliau juga terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu. Sementara itu, Siti Aishah berkata, anaknya sering berasa tidak sedap hati dan tidak lalu makan seminggu sebelum melangsungkan perkahwinannya. "Teh selalu mengadu tak sedap badan selain berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena hingga menyebabkan lesu dan lemah," katanya.

Terbitan: Berita Harian 13 Disember 2009

Saturday, December 12, 2009

Marilah kita Hayati keUnikan Alam CiptaanNYA

DEMI MATAHARI


Demi Matahari dan Sinarnya di Pagi Hari,
Demi Bulan apabila ia Mengiringi,
Demi Siang Hari bila menampakkan dirinya,
Demi Malam apabila ia menutupi...
Demi langit Beserta seluruh Binaannya,
Demi Bumi serta yang ada di Hamparannya,
Demi JIwa dan seluruh peNyempurnaannya.

Allah Subhanallah...
Allah Subhanallah...
Allah Subhanallah...

Allah mengIlhamkan sukma keFasikan & keTakwaan,
Beruntung bagi yg menSucikannya,
Merugi bagi yg meNgotorinya

Kecerdasan berasaskan ASMAULHUSNA

ALLAH

"Mengingati Allah adalah sahabat dekatku."

-Nabi Muhammad-


Binalah hubungan yg akrab dgn Tuhan spy hidup kita tenang sama ada zahir mahupun batin. Mungkin ada sebahagian kita pernah memaksa Tuhan mengikut kemahuan kita tetapi kita sendiri tidak pernah mengikuti kehendak-Nya.

Imam Syafie menggambarkn hubungan ini seperti berikut:


Kekasih sakit, lalu aku menjenguknya

Lalu aku pun sakit kerana perhatianku padanya

Kekasih datang menjengukku

Lalu aku pun sembuh kerana memandangnya.



Allah Sumber Segala Kekuatan


"Allah adalah sebab bagi segala yg wujud & dia sama sekali tidak serupa dgn makhlukNya."

-Syeikh Tasun Bayrak al-Ierrahi-

Ibnu Abbas bercerita:
"Suatu hari ketika saya berjalan di belakng nabi, lalu beliau berkata kepada saya, "Wahai anak muda! Sungguh, saya ajarkan kamu beberapa kalimah, 'Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu.

Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah.

keathuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditertapkan oleh Allah kepada kamu dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melaikan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu.

Mata pena diangkat & lembaran sudah ditutup."

-Hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi-


Allah Sumber Motivasi

Realiti yg dibina bergantung sepenuhnya pada cara berfikir, apa yg kita percaya dan persepsi kita. Apa yg kita fikir & percaya memberi pengaruh yg kuat pd kehidupan kita.


Apabila kita fikir lelah, maka
Kita merasa lelah;

Apabila kita fikir kita tidak berani,

Maka kita tidak berani;

Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran

Kita tidak mampu,

Kita hampir pasti tidak menang;

Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah;

Kerana di dunia luar kita mendapati

Kejayaan bermula dgn kemahuan seseorg;

Semua itu ada di dlm fikiran.

Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi

Org yg lebih kuat & cepat.

Tetapi cepat ataupun lambatnya org yg menang itu

Adalah org yg berfikir dia mampu menang.

-Norman Vincent Peale-




Khasiat: Menyembuhkan


1) Sesiapa yg membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali pd setiap malam selama sebulan dgn hati yg khusyuk dan merendahkan diri kpd Allah, dgn izin Allah pa yg diinginkan dikabulkan oleh Allah.


2) Sesiapa yg membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dgn sebutan 'Ya Allah Ya Hu', Allah mengurniakan keyakinan yg sempurna kpd org itu.


Sesiapa yg membacanya pd hari Jumaat sblm solat dlm keadaan bersih dan suci pakaiannya serta khusyuk hatinya, Allah mempermudahkan segala permintaannya.


3) Bg sesiapa yg menderita sesuatu penyakit yg sukar disembuhkan oleh perubatan moden, kemudian dia berdoa kpd Allah dgn nama ini, dgn izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.