Wednesday, May 19, 2010

Hikmah di sebalik Musibah

Assalamualaikum wbt & Slamat Sejahtera

Kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan antum semua mengenai hikmah musibah. Sebenarnya terdapat terlalu banyak hikmah dan kelebihan yang Allah ingin kurniakan kepada hamba2Nya yang terpilih untuk menghadapi musibah. Apa2pun ia sebenarnya terpulang kpd diri kita sendiri untuk me"reframing" musibah tersebut.

Apabila kita ditimpa ujian, juanganlah sekali-kali kita merungut atau mempersoalkn mengapa musibah itu ditimpakan ke atas kita. Sebenrnya, Allah sgt menyayangi kita utk menguji tahap keimanan kita yg sebetul-betulnya.

Terdapat tiga jenis musibah:
a) Kafarah- Berlaku musibah ke atas org yg baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian & krn tidak mampu melawan hawa nafsu.

b) Bala-Ujian dikenakan ke atas org jahat yg melakukn kejahatan. Sebagai hukuman di dunia sblm dihukum dgn lbh berat di akhirat.

c) Ibtila'- Musibah yg dikenakan ke atas org baik ketika dia melakukan kebaikan. Sbg tanda kasih sayang kpd hambaNya yg taat.

Jadi, rakan2 yg saya kasihi, kita tergolong dalam kumpulan yg mana satu? Renung2kan & semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya di dunia & akhirat. Amin...


"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"