Wednesday, September 22, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dgn limpah kurniaNya, dapat sekali lagi kita bersua dlm berkongsi ilmu pengetahuan dan juga peringatan utk kebaikan semua.
Pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit ilmu berkaitan Rasulullah iaitu mengenai Pakaian Kesukaan baginda. Ummu Salamah meriwayatkan: "Pakaian yg paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. ialah gamis." (Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud).

Asma' binti Yazid meriwayatkan:"(Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w. hingga ke pergelangan tangan." (Riwayat al-Tarmizi, al-Nasa'i dan Abu Daud).


Teman yg dikasihi sekalian, apabila sebut saja soal cinta, kita akan terbayang cinta kpd kekasih, suami isteri dan ibu bapa. Malah kadang-kadang, cinta itu dianggap sbg hina dan buruk kerana lazimnya org yg bercinta hanya sekadar pada lidah tidak pada hati. Lantas, apabila disebut cinta, persepsi negatif sudah tertanam dlm fikiran. Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya perkataan cinta byk kali disebut dlm al-Quran & Allah sgt mencintai kebaikan. Ini memberi isyarat bahawa kita wajib mencintai Allah & segala kebaikan yg disediakan oleh-Nya.

Cinta kpd kekasih tentunya berbeza dgn cinta kpd Allah yang mana pastinya tidak sekadar di lidah semata-mata.
Namun begitu, bagaimana kita harus memulakan kecintaan kpd Allah? Firman Allah yg bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad kpd kaummu: "Jika kamu (benar2) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi & mengampuni dosa2mu.' Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang." (Surah Ali 'Imran 3:31)
Cinta kpd Allah boleh dibuktikan dgn cinta kpd Rasulullah. Tingginya kecintaan kpd Rasul bererti tingginya cinta kpd Allah.

Bersambung...