Wednesday, January 20, 2010

KeJAYAaN

Di atas muka bumi ini tiada seorang pun yang tidak mahu mengecapi kejayaan. Pasti setiap antara kita inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Jadi, di sini ada satu persoalan yang timbul iaitu bagaimana kita mahu memastikan yang kejayaan itu adalah milik kita? Itu semua sebenarnya bergantung pada diri setiap insan itu sendiri. Dalam erti kata lain, bagaimana cara seseorang mengaplikasikan serta menggunakan seoptimum mungkin kebolehan dan bakat yg ada pada diri... itulah sebenarnya penentu segala kejayaan.
Sebagai pelajar, kita mesti pastikan yang diri kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan. Jangan kita hanya mengharapkan pertolongan orang lain untuk merealisasikan sesuatu hajat. Usahalah sedaya upaya kita... Pasti di hujungnya nanti kita akan dapat merasakan kemanisan serta kenikmatan yang tak terhingga.. Bak kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Apa sahaja kerja atau target yang kita ingin capai akan menjadi mudah sepanjang proses perlaksanaannya kerana semangat yang ada dalam diri kita mampu melawan perasaan ragu-ragu dan tidak yakin yang wujud dalam diri kita.
Ayuh, bangunlah wahai rakan-rakan...!!! Marilah kita berjuang habis-habisan selagi kita belum capai hasrat yang kita impikan untuk hidup kita..

Apakata mdhz89??

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, akhirnya Jogathon 2010 telah berlangsung dgn jayanya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bg menjayakan program ini. Sambutan untuk Jogathon kali ini agak memberansangkan walaupun diadakan agak jauh daripada kolej. Ini menunjukkan pelajar CUCMS mempunyai semangat juang yg tinggi bkn sahaja dalam bidang akademik malah bidang lain juga turut dititikberatkan. Syabas to U all!! Pada kesempatan ini juga, saya mewakili pihak penganjur Jogathon 2010 memohon maaf seandainya terdapat sebarang ketidakpuasan hati yang membabitkan acara ini. Saya yakin dan percaya, sebarang kelemahan akan cuba diperbaiki dan segala kekurangan akan cuba diatasi untuk masa yang akan datang... Insya-Allah.
See U all di lain waktu dan ketika...
Wassalam.

Wednesday, January 6, 2010

Renungan bersama

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kpd anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa utk membaca blog Penggempur Generasi Y ini.
Saya berharap kepada saudara sekalian sentiasa berada dlm keadaan sihat dan yg paling utama sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala dlm setiap perlakuan seharian.
Kali ini saya nak berkongsi sedikit sebanyak dgn saudara yg dihormati sekalian mengenai 'Dugaan dan Rahmat di Sebaliknya'.
Saya yakin dan percaya setiap antara kita pernah mengalami dugaan. Yg membezakannya adalah sama ada ianya kecil atau besar. Apabila kita menghadapi dugaan, jgnlah pula kita melatah mahupun berkata yg bukan2 semata-mata utk menghilangkan stress yg dialami, konon2 nya. Sebenarnya saudara, apabila ada dugaan yg menimpa, kita sepatutnya bersabar dan yakin bahwa mesti ada hikmah disebaliknya. Ingat, Allah tidak akan memberi dugaan yg tidak mampu dihadapi oleh hamba2Nya. Jadi, yakinlah yang sebetul2nya, kalian semestinya mampu berhadapan dengan setiap dugaan @ nasib yg menimpa diri kalian.
Yakin dan percaya diri, PASTI kita dapat menangani dgn mudah apa2 dugaan yg menimpa. Tapi ingatlah wahai teman, sesuatu yg telah kita usahakan, sedang kita usahakan mahupun yg akan kita usahakn, sebenarnya hanya Allah Taala sahaja yg dapat mentukan keberhasilannya. Jadi, berdoalah kpdNya di samping berusaha menghadapi dugaan yg mendatang.

Fikir2kanlah dan Selamat Mengaplikasikannya!!!