Wednesday, January 20, 2010

KeJAYAaN

Di atas muka bumi ini tiada seorang pun yang tidak mahu mengecapi kejayaan. Pasti setiap antara kita inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Jadi, di sini ada satu persoalan yang timbul iaitu bagaimana kita mahu memastikan yang kejayaan itu adalah milik kita? Itu semua sebenarnya bergantung pada diri setiap insan itu sendiri. Dalam erti kata lain, bagaimana cara seseorang mengaplikasikan serta menggunakan seoptimum mungkin kebolehan dan bakat yg ada pada diri... itulah sebenarnya penentu segala kejayaan.
Sebagai pelajar, kita mesti pastikan yang diri kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan. Jangan kita hanya mengharapkan pertolongan orang lain untuk merealisasikan sesuatu hajat. Usahalah sedaya upaya kita... Pasti di hujungnya nanti kita akan dapat merasakan kemanisan serta kenikmatan yang tak terhingga.. Bak kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Apa sahaja kerja atau target yang kita ingin capai akan menjadi mudah sepanjang proses perlaksanaannya kerana semangat yang ada dalam diri kita mampu melawan perasaan ragu-ragu dan tidak yakin yang wujud dalam diri kita.
Ayuh, bangunlah wahai rakan-rakan...!!! Marilah kita berjuang habis-habisan selagi kita belum capai hasrat yang kita impikan untuk hidup kita..

No comments:

Post a Comment