Sunday, October 10, 2010

Indahnya Hidup Ini ^__^

Assalamualaikum w.b.t. and Greetings to All

Setelah sekian lama saya tak mengemaskini blog ini, baru hari ini saya diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk saya meneruskan pengongsian pendapat serta ilmu bersama teman-teman semua. Saya berharap teman-teman sentiasa berada dalam keadaan sihat hendak-Nya di samping keluarga tersayang.

Teman2,

Sebenarnya dunia ini sangat mudah untuk difahami tetapi amat sukar untuk direalisasikan. Ramai yang mampu berkata hendak membuat yang itu dan yang ini, akhirnya masih lagi di tempat yang sama. Tanpa pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh, adalah mustahil bagi seseorang itu yang bergelar manusia biasa mengecapi kejayaan dalam hidup. Telah banyak cerita mengenai usahawan-usahawan berjaya di mana permulaan bagi kejayaan mereka penuh dengan liku-liku cabaran, namun atas kesabaran dan keazaman yang tinggi, akhirnya mereka mampu mencapai apa yang telah mereka inginkan selama ini.

TO BE CONTINUED...

Wednesday, September 22, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dgn limpah kurniaNya, dapat sekali lagi kita bersua dlm berkongsi ilmu pengetahuan dan juga peringatan utk kebaikan semua.
Pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit ilmu berkaitan Rasulullah iaitu mengenai Pakaian Kesukaan baginda. Ummu Salamah meriwayatkan: "Pakaian yg paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. ialah gamis." (Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud).

Asma' binti Yazid meriwayatkan:"(Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w. hingga ke pergelangan tangan." (Riwayat al-Tarmizi, al-Nasa'i dan Abu Daud).


Teman yg dikasihi sekalian, apabila sebut saja soal cinta, kita akan terbayang cinta kpd kekasih, suami isteri dan ibu bapa. Malah kadang-kadang, cinta itu dianggap sbg hina dan buruk kerana lazimnya org yg bercinta hanya sekadar pada lidah tidak pada hati. Lantas, apabila disebut cinta, persepsi negatif sudah tertanam dlm fikiran. Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya perkataan cinta byk kali disebut dlm al-Quran & Allah sgt mencintai kebaikan. Ini memberi isyarat bahawa kita wajib mencintai Allah & segala kebaikan yg disediakan oleh-Nya.

Cinta kpd kekasih tentunya berbeza dgn cinta kpd Allah yang mana pastinya tidak sekadar di lidah semata-mata.
Namun begitu, bagaimana kita harus memulakan kecintaan kpd Allah? Firman Allah yg bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad kpd kaummu: "Jika kamu (benar2) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi & mengampuni dosa2mu.' Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang." (Surah Ali 'Imran 3:31)
Cinta kpd Allah boleh dibuktikan dgn cinta kpd Rasulullah. Tingginya kecintaan kpd Rasul bererti tingginya cinta kpd Allah.

Bersambung...

Thursday, August 19, 2010

Untuk Tatapan Bersama

Assalamualaikum & Salam Perjuangan...

Kpd teman2 yg ku kasihi, apa khabar kalian semua setelah sekian lama saya menyepi daripada mengemaskini blog ini. Walau bagaimanapun, pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberikan peluang utk saya mendekati kalian semua di samping berkongsi sedikit sebyk perasaan dan pengalaman bersama kalian semua.

Alhamdulillah, pd tahun ini kita masih lagi berkesempatan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yg penuh dgn keberkatan dan kemuliaan serta rahmat Ilahi ini. Di sini, saya berharap agar diri saya sendiri dan teman2 dpt buat yang terbaik untuk Ramadan kali ni. Marilah kita sama2 banyakkan ibadat2 sunat seperti Qiamullail, membaca Al-Quran, berzikir, dan bertahmid agar kita dapat menyucikan hati kita sepanjang Ramadan ini sekaligus berjaya memperoleh redha-Nya.

Memang byk dugaan dan cabaran yg pasti kita sebagai manusia di atas pentas dunia ini akan lalui dan hadapi... Jadi, utk menjadi antara mereka yg berjaya di dunia dan akhirat, kita perlu siapkan diri masing2 dgn tahap kesabarn yg tinggi. Insya-Allah, apa yg kita semua idamkan akan dapat dicapai dengan mudah. Apa yg penting usaha dan tawakal sepanjang masa. Jgnlah kita sekali-kali melupakanNya, leih2 lg ketika kita berada dlm keseronokan. Tanamkan rasa syukur yg mendalam dalam diri kita... insyaAllah, nikmat Allah itu akan sentiasa bertambah utk kita semua.

Sebelum saya mengundur diri utk sementara waktu, saya ingin tinggalkan kalian semua dgn soalan ini; “Apa yang tentera lakukan sblm ke medan perang utk bertempur adalah dgn memastikan yg segalanya telah mencukupi seperti peluru dan senjata2 lain, tetapi kita sebagai manusia yg hanya akan hidup di atas muka bumi ini utk beberapa ketika shj, adakah telah menyiapkan segala bekalan utk berhadapan dgn Sang Pencipta yakni Allah di akhirat nanti??? Renungkanlah... wahai saudara2 ku sekalian.

Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Friday, July 9, 2010

Sekadar Renungan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... kpd teman2 yd dikasihi sekalian. Alhamdulillah, sekali lg sy berkesempatan menulis post ini utk tatapan kita bersama. Pejam celik-pejam celik, kini kita sdah pun memasuki bln Julai, dan tal lama lg Ramadhan bakal menjelma.
Marilah kita sama2 renungkan dan fikirkn kembali betapa byknya nikmat dan rezeki yang Allah turunkn kpd hambaNya. Tapi, adakah kita mensyukuri semua itu.. terpulanglah kpd diri masing2. Walau apapun, sbg hamba di muka bumi ini, kita mestilah menturuti sgl perintah Allah dan meninggalkn larangan-Nya. Semoga kita sentiasa mendpt keredhaan dan rahmat di sisiNya..
.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Wednesday, May 19, 2010

Hikmah di sebalik Musibah

Assalamualaikum wbt & Slamat Sejahtera

Kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan antum semua mengenai hikmah musibah. Sebenarnya terdapat terlalu banyak hikmah dan kelebihan yang Allah ingin kurniakan kepada hamba2Nya yang terpilih untuk menghadapi musibah. Apa2pun ia sebenarnya terpulang kpd diri kita sendiri untuk me"reframing" musibah tersebut.

Apabila kita ditimpa ujian, juanganlah sekali-kali kita merungut atau mempersoalkn mengapa musibah itu ditimpakan ke atas kita. Sebenrnya, Allah sgt menyayangi kita utk menguji tahap keimanan kita yg sebetul-betulnya.

Terdapat tiga jenis musibah:
a) Kafarah- Berlaku musibah ke atas org yg baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian & krn tidak mampu melawan hawa nafsu.

b) Bala-Ujian dikenakan ke atas org jahat yg melakukn kejahatan. Sebagai hukuman di dunia sblm dihukum dgn lbh berat di akhirat.

c) Ibtila'- Musibah yg dikenakan ke atas org baik ketika dia melakukan kebaikan. Sbg tanda kasih sayang kpd hambaNya yg taat.

Jadi, rakan2 yg saya kasihi, kita tergolong dalam kumpulan yg mana satu? Renung2kan & semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya di dunia & akhirat. Amin...


"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Friday, April 16, 2010

Apa Khabar semua???

Salam Perjuangan...

Sudah lama saya tak meng'update' blog nih. Mungkin saya terlampau busy ataupun malas sgt.. Btw, saya nak mengucapkan tima kasih kpd anda semua krn masih sudi menatap blog yg tak seberapa ni.

Kali ini, sy nak berkongsi kegembiraan sy dgn anda semua iaitu akhirnya Kelab Memanah CUCMS berjaya ditubuhkn. Pada kesempatan ini sy nak ucapkn jutaan terima kasih kpd semua pihak yg telah memberikan tunjuk ajar serta komitmen yg tinggi dalam memastikan kejayaan penubuhan kelab ini scr langsung maupun tak langsung. Diharapkan kelab ini bkn saja atas nama kelab semata-mata sebaliknya ia mampu mengeratkan ukhwah antara kita semua. Dgn penubuhan kelab ini, saya berharap sebhgn besar pelajar CUCMS bukan saja cemerlang dlm akedemik malah turut gemilang dalam bidang lain terutamanya sukan.

Sekian, wassalam.


"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Thursday, February 18, 2010

Asmaul Husna

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia
Kali ini, saya akan berkongsi dgn teman2 mengenai "Al-Malik". Seperti mn yg kita semua tahu, Al-Malik bermaksud Maharaja atau Yang Maha Berkuasa. Seperti mana dlm firman Allah yg berbunyi, "Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenar-benarnya...." -Surah Taha,ayat 114-.
Teman2, mari kita fahami maksud Al-Malik dgn lebih mendalam lg iaitu Zat yg tidak memerlukan kpd segala sesuatu yg ada. Allah yg mengendalikan semua urusan makhluk2nya secara adil tanpa memerlukn sebrg bantuan ataupun dihalang.

Teman2, sbg hamba Allah di atas pentas dunia ini, kita dpt rmenyedari seluruh yg ada di langit dan di bumi ini berada dlm kerajaan Allah dan gengamanNya apbl kita memahami Al-Malik dgn baik serta menerapkannya dlm kehidupan kita seharian.

Tidak ada seorg manusia pun di muka bumi ini yg dpt mendakwa dirinya sbg pemegang kuasa tertinggi. Apabila seseorg itu diberi peluang utk mnjadi penguasa, agenda utamanya adalah memberi rasa aman, bahagia dan sejahtera kepada saudara2nya. Hal ini krn dia sedar bahawa Tuhan tdk membebani hamba2nya, sbg mn firman Allah dlm Surah al-Baqarah, ayat 286, "Allah tdk membebani seseorg melainkn sesuai dgn kesanggupannya..."

Justeru, wahai teman2, sedarlah, apa yg dapat kita miliki? Kita sendiri adlh milik Allah. Jadi, mengapa kita yg diberi potensi Malik, tidak mahu menjadikn Al-Malik sbg pimpinan? Fikir2knlah.

Sekian daripada saya, wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Saturday, February 13, 2010

SeLaMaT bErCuTi !!!

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia...
Apa khabar teman2? Semoga teman2 berada dlm keadaan baik sejahtera. Pada kesempatan ini sy nak ucapkan selamat bercuti kepada teman2 terutamanya kepada semua pelajar CUCMS yg mula bercuti pada 13-21 Feb 2010. Gunakanlah masa yg terluang ini dgn melakukan perkara2 bermanfaat dalam meningkatkan kualiti diri kita di samping membentuk minda kelas pertama. Kepada pelajar CUCMS khususnya pelajar fakulti farmasi, belajarlah dan gunakanlah waktu2 terakhir ini utk mengulangkaji seoptimum mungkin sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan utk menduduki peperiksaan p'tghan semester yg akan bemula pada 15 hingga 18 Feb 2010 ini. Saya ucapkan kpd teman2, "Selamat Maju Jaya" "Lakukan yg Terbaik".

Sekian. Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Sepanjang Berada di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka

Pemandangan Indah di Pagi Hari


Bergambar sebelum pulang ke CUCMS


Water-confidence yg menguji kekentalan jiwa peserta


Zapin Ayam


Pak Let bersama Fasilitators yg tampan lagi bergaya orgnya


Khusyuk betul para peserta mendengar Kuliah Maghrib


Para peserta tekun Memasang Khemah

Peserta Mendengar Taklimat drpd Pak Let


Peserta disambut mesra oleh pihak Pengurusan Kem

Leadership Camp 2010

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia... Teman2, kali ini saya ingin berkongsi dgn teman2 mengenai Program Kem Kepimpinan 2010 anjuran Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS). Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Tanggal 5 Februari 2010 yg lalu, seramai 51 pelajar CUCMS telah mengikuti Kem Kepimpinan CUCMS bg sesi 2010. Untuk kem ini, saya telah mewakili batch Bachelor of Pharmacy 2008. Terdapat banyak cerita suka dan duka serta pelbagai perkara baru dan menarik yg saya akan berkongsi bersama teman2 sekalian.

Pengembaraan kami bermula apabila semua peserta kem diminta berkumpul di hadapan Kampus Lama CUCMS, Street Mall utk pendaftaran. Kemudian, kami diminta menaiki bas yg telah lama menunggu. Kami bertolak dari Cyberjaya ketika jam menunjukkan kira2 pkl 3.00 ptg. Ketika dalam perjalanan, kebanyakn topik yg dibualkn ialah apakah jenis2 aktiviti yg akan dilakukan di sana... Rasanya, x sabar2 utk sampai di Kem Lambaian Danau. Perjalanan kami memakan masa yg lebih lama daripada masa yg diperuntukkan kerana keadaan lebuhraya yg mengalami kesesakan yg agak serius. Apa yg kami boleh lakukan, hanyalah bersabar.
Akhirnya, kami sampai di kem yg ditujui dalam pkl 6.30ptg. Sewaktu tiba di sana, kami telah disambut mesra oleh pihak pengurusan kem yang diketuai oleh Pak Let selaku Kem Komandan.Selepas itu, semua peserta diminta berkumpul di sebuah dewan terbuka yg terdapt dalam kawasn kem lambaian danau utk mendgr taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti pertama kami di situ iaitu memasang khemah.
Kemudian, kami diberi masa oleh pihak pengursan kem utk mengemaskn diri terlebih dahulu sblm menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dgn kuliah maghrib yng dismpaikn oleh seorang bekas guru yg diundang khas. Kebetulan pada waktu kami di kem tersebut, terdapat satu lagi rombongan dari institusi pengajian lain yg turut menjalankan program di sana. Mereka merupakan pelajar2 Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM). Selepas selesai kuliah Maghrib, kami diminta berkumpul utk mendgr taklimat daripada pihak pengurusan kem dan juga fasilitator2. Pada ketika ini, semua pesrta telah dipecahkn kepada 4 kumpulan. Apa yg menariknya di sini ialah setiap kumpulan perlu menamakn kumpulan mereka dgn nama penyakit yang bermula dgn huruf 'b'. Setelah berbincang, kumpulan sy telah sebulat suara ingin menamakn kumpln kami sebagai Kump. Buasir (Kuning). Tiga lagi kumpulan telah diberi nama bisul, barah dan juga beguk. Pada awalnya, nama2 penyakit tersebut agak lucu bg para pesrta. Tetapi, lama-kelamaan semua pesrta menjd serasi dgn nama2 itu. Setelah selesai taklimat & ice-breaking, kami diberi masa hampir setgh jam utk berehat sebelum meneruskn aktiviti kami pd malm tersebut iaitu Night Walk. Kami telah cuba ditakutkn oleh hantu olok2 yg diletakkn di sepnjg laluan. Bayangkn teman2, hati mn yg x mersakn debaran yg memuncak apbl melalui jln yg sgt gelap dan ditemani dgn hantu olok2. Aktiviti tersebut tamat kira pkl 2.00pg keesokannya.

6 Feb 2010
Hari ini merupakan hari kedua utk para pesrta berada di kem lambaian danau ini yg dikelilingi tasik yg begitu luas. Aktiviti pertama kami pd hari itu ialah menjalani senaman "Zapin Ayam". Pd awalnya, ia kelihatn amt mudah dan biasa, rupa2nya 'Zapin Ayam' ini mampu membuatkn badan ini terasa sgt penat. Selepas itu, kami menuju ke dewan mkn utk bersarapan. Kemudian, kami telah diajar cara2 membuat rakit menggunakan buluh, pelampung dan juga tali. Teman2, kumpulan sy telah membina rakit yg paling besar berbanding rakit2 kump. lain.
Selepas selesai membina rakit, kami telah menjalani satu aktiviti yg agak mencabar & mencemaskn bg sy yg x pandai berenang iaitu water-confidence. Selepas itu, acara kemuncak pd pg itu pun tiba iaitu berlumba rakit menggunakan rakit2 yg telah dibina sebelum ini. Malangnya, kumpulan sy iaitu Kump Buasir mendapat tempat terakhir dlm perlumbaan tersebut. Walaupun begitu, semua pesrta diberi peluang sekali lg utk berlumba tetapi dgn syarat setiap kump. perlu menukar rakit antara satu sama lain. Biarpun diberi peluang sekali lg, kump. sy tetap menduduki tempat terakhir. Lebih kurang pkl 1.00ptg, semua pesrta dibenarkn balik ke khemah utk bersihkan diri dan juga menunaikn solat zohor. Pada pkl 2.30 ptg, semua pesrta berkumpul di 'dataran kasih' utk aktiviti setrusnya iaitu "lari berhalangan" dan juga "kayak Safari". Pelbagai telatah di kalangan para pesrta terutama kump. saya menyebabkn aktiviti tersebut menjadi lebih meriah & terhibur. Kump. saya telah mendapat 100 mata utk "lari berhalangan" kerana berjaya menamatkan larian seminit sebelum masa yg ditetapkn tamat. Utk "kayak safari", ia merupakn ekspedisi yg palg mencabar kerana kami terpaksa turun dari kayak utk memsatikan kayak dapat menyusuri laluan paya yg agak sempit. Apa yg lebih mencabar ketika aktiviti ini ialah terdapat bayak lintah di kaw. paya ini.
Pada sebelah malam, pihak pengurusan kem telah menyediakan kpd kami menu yg sgt istimewa iaitu BBQ. Ada ikan patin bakar, nasi tomato, ayam panggang dan sosej bakar. Semuanya mengiurkn kami dan secara jujur saya katakn yg maknn t'sebut menjadikan saya berasa sgt puas & kenyang.
Selepas itu, kami diminta membentangkn hasil kerja pasukan kami iaitu mereka satu Management game. Akhirnya, kump. saya mendapat tempat pertama & terbaik utk aktiviti tersebut.

7 Feb 2010
Pada pagi hari terakhir kami di Kem Lambaian Danau ini, kami telah dibawa melawat sekitar kawasan luar kem. Ramai peserta mengambil kesempatan utk bergambar sebagai kenangan.
Selepas itu, aktiviti terakhir kami ialah triathlon iaitu sejenis pertandingan yg melibatkn 3 games berbeza iaitu berkayak, treasure hunt & juga OTOS(one team one spirit).
Kemudian, kira2 pkl 11.30pg, semua pesrta diminta pulang ke khemah utk berkhemas & membuka khemah.
Pada pkl 12.30pm, semua berkumpul di dewan terbuka utk majlis penutup dan penyampaian sijil.

Kesimpulannya, kem ini menerapkan banyak nilai2 murni dan perkara2 positif dlm diri setiap peserta utk membtk pemimpin yg cemerlang lagi bertanggungjawab di masa hadapan. Saya berharap agar kem ataupun program seumpama ini akan diadakn lagi pada masa akan datang...
Semangat berpasukan amat penting utk mencapai suatu objektif


One Team One Spirit (OTOS) yg amat mencabar


Sekian. Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


Thursday, February 11, 2010

Sedarlah Wahai Teman...

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia!!!
Apa khabar teman2 sekalian? Terutamanya kpd teman2 yg sedang membaca blog "Penggempur Generasi Y" buat masa ini. Tahniah sy ucapkan kpd teman2 kerana berjaya menggunakn sedikit masa teman2 untuk membaca kandungn blog ini. Semoga kita meneruskan perkongsian bersama tidak kira dari segi pengalaman mahupun idea, terlebih dahulu sy ingin perkenalkn diri sy dgn lebih detail lagi agar teman2 tidak berasa segan utk b'komunikasi dgn sy.
Teman2, nama diberi Muhammad Hafiz Bin Mohamad Pisol... di kolej, dikenali @ dipanggil "hafiz pisol"... Utk pengetahuan teman2, official nickname yg sy guna utk diri ini adalah "mdhz89"... Sbb apa begitu? Biarlah ia rahsia....
Dilahirkn di Hospital Besar Alor Star pada pagi Isnin bersamaan 8 Sept. 1989... Skrg, saya masih lagi menetap di kedah iaitu di daerah Kubang Pasu...
Jadi, itulah serba-sedikit mengenai diri sy...

Pejam-celik2, kini kita semua telah pun melangkah masuk ke bulan Feb 2010. Rasanya, masih baru lg smbutan Tahun Baru 2010, tetapi rupa2nya sudah sebulan detik itu meninggalkn kita. Jadi, ayuh teman2, sudahkh teman2 memulakan langkah utk mencapai azam 2010?? Jika masih belum lg berbuat apa2, marilah mulai saat ini kita bangun dan segarkn diri untuk menuju kecemerlangan dunia & akhirat..

Dalam mengharungi kancah kehidupan yang kian mencabar ini, acap kali mungkin teman2 mahupun sy sendiri hampir terbabas dari laluan sebenar.. jadi sebelum perkara buruk terjadi, marilah kita persiapkn diri masing2 dengan kekuatan rohani dan jasmani sebaik mungkin.. Jangan terhantuk baru nak tergadah & jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Tambahan pula, pada usia muda sebeginilah kita perlu mencari bekalan sebanyak yg mungkn kerna kita semua belum tahu lg sampai bila kita mampu terus hidup mahupun jatuh sakit. Binalah kekuatan dalam diri teman2 semoga suatu masa nnti teman2 dpt menjadi khalifah di muka bumi ini yg dapat membantu membangunkn diri teman2 sendiri mahupun orang lain.

Akhir kata daripada sy, hafiz pisol,
"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Jumpa lg di lain waktu. Wassalam.

Wednesday, January 20, 2010

KeJAYAaN

Di atas muka bumi ini tiada seorang pun yang tidak mahu mengecapi kejayaan. Pasti setiap antara kita inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Jadi, di sini ada satu persoalan yang timbul iaitu bagaimana kita mahu memastikan yang kejayaan itu adalah milik kita? Itu semua sebenarnya bergantung pada diri setiap insan itu sendiri. Dalam erti kata lain, bagaimana cara seseorang mengaplikasikan serta menggunakan seoptimum mungkin kebolehan dan bakat yg ada pada diri... itulah sebenarnya penentu segala kejayaan.
Sebagai pelajar, kita mesti pastikan yang diri kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan. Jangan kita hanya mengharapkan pertolongan orang lain untuk merealisasikan sesuatu hajat. Usahalah sedaya upaya kita... Pasti di hujungnya nanti kita akan dapat merasakan kemanisan serta kenikmatan yang tak terhingga.. Bak kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Apa sahaja kerja atau target yang kita ingin capai akan menjadi mudah sepanjang proses perlaksanaannya kerana semangat yang ada dalam diri kita mampu melawan perasaan ragu-ragu dan tidak yakin yang wujud dalam diri kita.
Ayuh, bangunlah wahai rakan-rakan...!!! Marilah kita berjuang habis-habisan selagi kita belum capai hasrat yang kita impikan untuk hidup kita..

Apakata mdhz89??

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, akhirnya Jogathon 2010 telah berlangsung dgn jayanya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bg menjayakan program ini. Sambutan untuk Jogathon kali ini agak memberansangkan walaupun diadakan agak jauh daripada kolej. Ini menunjukkan pelajar CUCMS mempunyai semangat juang yg tinggi bkn sahaja dalam bidang akademik malah bidang lain juga turut dititikberatkan. Syabas to U all!! Pada kesempatan ini juga, saya mewakili pihak penganjur Jogathon 2010 memohon maaf seandainya terdapat sebarang ketidakpuasan hati yang membabitkan acara ini. Saya yakin dan percaya, sebarang kelemahan akan cuba diperbaiki dan segala kekurangan akan cuba diatasi untuk masa yang akan datang... Insya-Allah.
See U all di lain waktu dan ketika...
Wassalam.

Wednesday, January 6, 2010

Renungan bersama

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kpd anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa utk membaca blog Penggempur Generasi Y ini.
Saya berharap kepada saudara sekalian sentiasa berada dlm keadaan sihat dan yg paling utama sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala dlm setiap perlakuan seharian.
Kali ini saya nak berkongsi sedikit sebanyak dgn saudara yg dihormati sekalian mengenai 'Dugaan dan Rahmat di Sebaliknya'.
Saya yakin dan percaya setiap antara kita pernah mengalami dugaan. Yg membezakannya adalah sama ada ianya kecil atau besar. Apabila kita menghadapi dugaan, jgnlah pula kita melatah mahupun berkata yg bukan2 semata-mata utk menghilangkan stress yg dialami, konon2 nya. Sebenarnya saudara, apabila ada dugaan yg menimpa, kita sepatutnya bersabar dan yakin bahwa mesti ada hikmah disebaliknya. Ingat, Allah tidak akan memberi dugaan yg tidak mampu dihadapi oleh hamba2Nya. Jadi, yakinlah yang sebetul2nya, kalian semestinya mampu berhadapan dengan setiap dugaan @ nasib yg menimpa diri kalian.
Yakin dan percaya diri, PASTI kita dapat menangani dgn mudah apa2 dugaan yg menimpa. Tapi ingatlah wahai teman, sesuatu yg telah kita usahakan, sedang kita usahakan mahupun yg akan kita usahakn, sebenarnya hanya Allah Taala sahaja yg dapat mentukan keberhasilannya. Jadi, berdoalah kpdNya di samping berusaha menghadapi dugaan yg mendatang.

Fikir2kanlah dan Selamat Mengaplikasikannya!!!