Friday, July 20, 2012

Di Ambang Ramadhan


Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berpeluang menulis blog kesayanganku ini. Hari ini adalah bersamaan 20 Julai 2012 di mana hari terakhir buat kita semua sebelum melangkah ke suatu bulan yang penuh dengan 1001 keberkatan yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya, ketibaannya sangat dinanti-nanti oleh semua umat Islam di seantero dunia. 

Aku berharap semoga Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini dapat dilalui dan dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih".... Itulah kata-kata paling sesuai buat masa ini. Semoga ibadah yang dilakukan ikhlas kerana Allah Taala dan mudah-mudahan ibadah-ibadah yang dikerjakan mendapat tempat di sisi-Nya, InsyaAllah. 


Ikhlas drpd: Fiz

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Tuesday, July 17, 2012

7 Amanat Presiden UMNO


Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan nikmatNya, dapat lagi kita sama-sama hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Segala-galanya bermula dengan usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berada pada landasan yang betul dalam misi untuk mencapai Wawasan 2020. Aku akui keadaan politik di negara ini masih lagi terkawal biarpun pelbagai cubaan untuk menggugat keamanan negara terus direncanakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Sebagai sebuah parti politik, seharusnya kita wajar memikirkan dahulu tindak-tanduk yang bakal kita lakukan sebelum nasi menjadi bubur. Baru-baru ini, kejadian amuk yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri sudah cukup untuk menggambarkan ketaksuban segelintir pihak yang sanggup membuat kekecohan demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan impak negatif yang akan terjadi. Masih banyak lagi cara dan usaha yang boleh dilakukan untuk berkempen, bukannya dengan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pihak kerajaan. Kerajaan telah melakukan banyak usaha dalam mentransformasikan politik negara. Tahniah diucapkan kepada KERAJAAN di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas segala usaha yang dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara tercinta. 

Walaupun sudah hampir dua tahun telah berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2010, tetapi masih segar di ingatanku mengenai 7 amanat yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan penggulungan beliau iaitu:

1) Utamakan MARUAH PARTI, bukan kepentingan diri

2) Pentingkan SEMANGAT SEPASUKAN, bukan kumpulan sendiri

3) Tawan hati, PEMIKIRAN & KEYAKINAN rakyat

4) Kuasai TEKNOLOGI SIBER & MEDIA MAYA

5) Daftarkan 4 JUTA PENGUNDI BARU & DEKATI mereka

6) Selesaikan masalah dalaman, jadilah PARTI SIFAR MASALAH

7) DAHULUKAN RAKYAT dalam setiap tindakan

Itulah antara amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib. Aku berharap agar pada PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, parti keramat kita, UMNO dapat menawan kembali semua negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang sebelum ini. Dengan segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh anggota parti pada semua peringkat, aku yakin kemenangan bakal menjadi milik kita. 

Ayuh, rakan-rakan seperjuangan, marilah sama-sama kita berusaha sebaik mungkin dan berdoa agar kita dapat memenangi semula hati rakyat Malaysia tidak kira agama mahu pun bangsa. Yang pasti, biarlah PRU-13 mampu menjadi kayu pengukur terhadap hasil kegigihan kita selama ini dalam meraih semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, umumnya dan UMNO, khususnya sekaligus dapat memastikan Malaysia terus gah di mata dunia sebagai negara Islam termaju di dunia. InsyaAllah, marilah sama-sama kita doakan.




Janaan idea daripada:
Fiz

"OPTIMUMKAN KEBOLEHAN, MAKSIMUMKAN PENCAPAIAN"

Monday, July 16, 2012

Majlis Sambutan Ramadhan

Salam 1 Malaysia!

Kini, kita telah pun berada di penghujung bulan Syaaban dan tidak lama lagi, kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Sudahkah kita persiapkan diri kita untuk Ramdhan kali ini? Tepuk dada, tanyalah iman kita. 

Pada kesempatan ini, aku ingin khabarkan satu berita gembira pada pembaca blog Penggempur Generasi Y sekalian iaitu pada 18 Julai ini, akan diadakan MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA BULAN RAMADHAN SERTA MAJLIS BACAAN YASSIN/TAHLIL & SOLAT ZOHOR BERJEMAAH anjuran UMNO Bahagian Jerlun. Majlis ini bakal bermula pada pukul 12:00 tengah hari dan bertempat di Wisma UMNO Jerlun.

Kepada sesiapa yang berada di sekitar lokasi ini, anda semua dijemput hadir. Segala butiran berkaitan majlis adalah seperti di bawah:

Tarikh: 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa: 12:00 tengah hari
Tempat: Wisma UMNO Jerlun


Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis. Aku berharap Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.


"OPTIMUMKAN KEBOLEHAN , MAKSIMUMKAN PENCAPAIAN"

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia !

Apa kabar saudara pembaca sekalian? Aku harap anda semua berada dlm keadaan sihat sejahtera. Di saat aku menulis post ini, aku sedang berada di C Kopitiam seorang diri. Aku datang ke sini semata-mata untuk mencari ilham bagi menulis blog aku ini.

Hmmm.... Nak tulis apa ye?... Ok lah, first aku cerita pasal kehidupan aku selepas habis belajar. Aku berjaya menghabiskan study aku adalah pada awal bulan May 2012 yang lalu. Kemudian, aku stay sekejap kat rumah sewa aku yg terletak dlm Wilayah Persekutuan Putrajaya utk tempoh dua minggu. Tujuan aku stay kat sana adalah utk berehat buat seketika sebelum balik ke kampung halaman. Dalam tempoh tersebut, aku telah mengemas segala barang2 untuk dibawa pulang. Bayangkan betapa banyaknya barang2 aku setelah dikumpul semenjak aku di Tahun 1 hinggalah ke Tahun 4. Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memudahkan segala-galanya.

Selepas itu, aku terus pulang ke bumi Kedah Darulaman dengan menaiki kereta Perodua Kancilku. Memang bosan sepanjang perjalanan kerana aku seorang diri shja. Huh!!! Akhirnya, smpai jugak aku kat kampung halaman pada pukul 3:30 pg. Walaupun sgt letih, tapi aku berasa sgt teharu kerana ibu tersayang sanggup menunggu & menanti-nanti kepulangan anaknya yang sorang ni. Senakal mana pun aku ni, tapi ibuku sgt menyayangi ku... TERIMA KASIH, MAK!

Kini, sedar tak sedar aku sudah hampir tiga bulan bercuti.... That's why aku skrg dah tak tahu nak buat apa, sgt bosan. Mungkin ada hikmahnya... Kalo aku tak cuti macam ni, mungkin blog ini akan terkubur macam tu je, kn....

Ada satu minggu tu, aku ulang-alik ke KL/Putrajaya sebanyak dua kali. Pikir2 balik, mmg agak susah tapi kekuatan yg Allah telah bagi telah aku gunakan sebaik-baiknya. 1st trip, aku pegi ke Putrajaya utk bawa balik semua barang-barang aku yg masih ada kat rumah sewa. 2nd trip, aku pegi dgn mak dan jugak adik bongsu aku ke KL utk mengambil adik perempuan aku dan jugak barang2nya sebab kebetulan, dia pun habis study pada tahun ni jugak.

Baru-baru ni, pada Selasa lepas bersamaan 3 Julai 2012 hingga hari Ahad (8 Julai 2012) aku telah pergi ke KL utk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh rakan2 baikku di sana. Hampir semua rancangan berjalan seprti yang dirancang. Alhamdulillah, aku lafazkan...

Sekarang, apa yang ada dlm kotak fikiranku adalah Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang tidak lama lagi. Bermacam2 persiapan perlu aku lakukan sama ada secara fizikal mahu pun rohani. Nampaknya, setakat ini dulu cerita aku pasal apa yang telah berlaku selepas aku tamat belajar. Aku harap masa2 yang akan datang, aku dapat mengoptimumkan lagi waktu yang Tuhan berikan kepadaku.

Sekian...



"OPTIMIZE YOUR POTENTIAL, MAXIMIZE YOUR ACHIEVEMENT"

Monday, July 9, 2012

Salam 1 Malaysia !!!

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kembali aku menulis blog ini untuk tatapan pembaca sekalian. Aku akui telah lama aku tak meluangkan masa untuk blog kesayangan aku ini dek kerana faktor masa dan jugak workload yg sgt byk.

Tapi, aku janji pada diri aku yg aku akan jadikan blog aku ini sebahagian drpd rutin harian aku...

Sedar tak sedar, kini kita telah pun masuk ke bulan Julai dgn seribu satu azam & cita2 yg masih belum terlaksana. Ayuh kawan2, kita teruskan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan. Utk pengetahuan semua, aku kini sedang bercuti panjang setelah 4 tahun bertungkus-lumus utk menghabiskan my first degree in Pharmacy. Setelah 2 bulan berada dalam tempoh cuti, jujur aku katakan yang aku sangat bosan tanpa membuat kerja2 yang mampu mendatangkan keuntungan terutamanya duit. Boleh dikatakan setiap hari, aku akan datang ke C Kopitiam, Bandar Darulaman untuk meneguk secawan White Coffee. Tanpa kopi, aku tidak akan dapat meneruskan hidup ini dengan jayanya.

Masa terus berlalu, aku percaya pada azali lg, segala takdir telah ditentukan. Berdasarkan kepada perancangan semasa, kemungkinan besar, my first posting bermula pada bulan 8 dan selewat2nya pada bulan 10. Aku harap, semuanya berjalan dengan lancar. Pasal induksi? Mgkn dlm bulan 8 atau 9, bergantung kpd maklumat terkini nnti. Aku berharap sangat yang aku dapat placement kat Putrajaya Hospital sebab aku sgt berminat dengan Nuclear Pharmacy.

Bila cakap pasal dah habis study, mestilah kita akan fikir pulak kan pasal konvo. Betul tak?  Convocation aku adalah pada 10 Oktober 2012 yang mana bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Pada hari tersebut, my parents tak boleh hadir sebab kebetulan adik kedua aku yang paling bongsu akan menduduki PMR. Bagi aku, itu semua dah pn tertulis sejak azali lg. Kemungkinan besar, pada hari kejadian, hanya aku seorang shja yang datang ke Majlis Konvokesyen tu nanti. Apa2 pun, aku masih lg bersyukur sebab aku dah pun berjaya menamatkan pengajianku utk Bachelor of Pharmacy (Hons).

That's it about my roughly planning for the time being. Ok lah pembaca2 sekalian, nampaknya, itu saja perkongsian aku kat pembaca2 Blog PENGGEMPUR GENERASI Y buat masa ini. Semoga kita bertemu lagi... Wassalam.


Akhir kalam drpd aku,

"OPTIMIZE YOUR POTENTIAL, MAXIMIZE YOUR ACHIEVEMENT"