Tuesday, July 17, 2012

7 Amanat Presiden UMNO


Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan nikmatNya, dapat lagi kita sama-sama hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Segala-galanya bermula dengan usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berada pada landasan yang betul dalam misi untuk mencapai Wawasan 2020. Aku akui keadaan politik di negara ini masih lagi terkawal biarpun pelbagai cubaan untuk menggugat keamanan negara terus direncanakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Sebagai sebuah parti politik, seharusnya kita wajar memikirkan dahulu tindak-tanduk yang bakal kita lakukan sebelum nasi menjadi bubur. Baru-baru ini, kejadian amuk yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri sudah cukup untuk menggambarkan ketaksuban segelintir pihak yang sanggup membuat kekecohan demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan impak negatif yang akan terjadi. Masih banyak lagi cara dan usaha yang boleh dilakukan untuk berkempen, bukannya dengan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pihak kerajaan. Kerajaan telah melakukan banyak usaha dalam mentransformasikan politik negara. Tahniah diucapkan kepada KERAJAAN di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas segala usaha yang dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara tercinta. 

Walaupun sudah hampir dua tahun telah berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2010, tetapi masih segar di ingatanku mengenai 7 amanat yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan penggulungan beliau iaitu:

1) Utamakan MARUAH PARTI, bukan kepentingan diri

2) Pentingkan SEMANGAT SEPASUKAN, bukan kumpulan sendiri

3) Tawan hati, PEMIKIRAN & KEYAKINAN rakyat

4) Kuasai TEKNOLOGI SIBER & MEDIA MAYA

5) Daftarkan 4 JUTA PENGUNDI BARU & DEKATI mereka

6) Selesaikan masalah dalaman, jadilah PARTI SIFAR MASALAH

7) DAHULUKAN RAKYAT dalam setiap tindakan

Itulah antara amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib. Aku berharap agar pada PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, parti keramat kita, UMNO dapat menawan kembali semua negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang sebelum ini. Dengan segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh anggota parti pada semua peringkat, aku yakin kemenangan bakal menjadi milik kita. 

Ayuh, rakan-rakan seperjuangan, marilah sama-sama kita berusaha sebaik mungkin dan berdoa agar kita dapat memenangi semula hati rakyat Malaysia tidak kira agama mahu pun bangsa. Yang pasti, biarlah PRU-13 mampu menjadi kayu pengukur terhadap hasil kegigihan kita selama ini dalam meraih semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, umumnya dan UMNO, khususnya sekaligus dapat memastikan Malaysia terus gah di mata dunia sebagai negara Islam termaju di dunia. InsyaAllah, marilah sama-sama kita doakan.




Janaan idea daripada:
Fiz

"OPTIMUMKAN KEBOLEHAN, MAKSIMUMKAN PENCAPAIAN"

No comments:

Post a Comment