Suatu Blog Yang Menjurus Ke Arah Perkongsian Bersama Dalam Usaha Memupuk Minda Kelas Pertama
Sunday, December 27, 2009
Bingkisan drpd MDHZ89 utk semua rakyat Malaysia
Apa habaq semua...? Especially org kedah n semua yg mengenali diri ini..
Sudah agak lama saya x tulis new post utk tatapan korg semua...
Alhamdulillah, malam ini berkesempatan juga saya upload post baru..
Topik yg saya nak bincangkn pd kali ini ialah pasal azam baru kita semua utk tahun baru nih..2010.
Pejam celik, pejam celik... Kini kita sudah pun berada di penghujung tahun 2009 dan cuma tinggal beberapa saja lg tahun 2009 bakal meninggalkan kita, maka datanglah tahun 2010 menyapa kita semua. Justeu, bersediakah saudara semua utk menghadapinya.
Bagi mereka yg tak sempat nak merealisasikn azam dan target mereka utk thn 2009, jgnlah cepat berputus asa, sebaliknya cuba anda semua buat post mortem bg mengetahuin faktor utama yg menggagalkn niat tersebut..
Kalian juga boleh membuat perancangan yg lebih awal lg teratur dlm memastikn azam n target korang semua mampu terlaksanakn utk thn 2010.
Kepada adik2 di luar sana yg akan melangkah ke tingkatan satu, saya ucapkan selamat maju jaya dan tahniah terutama kpd mereka yg mendpt tawaran ke sekolah berasrama penuh mahupun MRSM. Teruskan usaha adik2 yg telah adik2 lakukan sblm ini dan kalau boleh cuba adik2 kekalkan rentak kecemerlangan adik2 sekalian.. Adik2 mesti ingat, perjalanan adik2 masih terlalu panjang utk diredahi... So, teruskanlah perjuangan adik2!!!
Kpd mereka yg baru saja tamat menduduki SPM 2009, jgn duduk saja atau buang masa mcm tu saja... Sebaliknya, cuba anda semua lakukan aktiviti2 yg bermanfaat dan dpt membina jiwa kalian. Kalau ada antara saudara yg ingin kerja parttime, jgn mudah terpengaruh dgn pekerja2 kat tmpt kerja yg bersikap tak baik... Jagalah sikap dan adab sopan kalian.. Saya yakin, sbg rakyat Malaysia yg betul2 menghayati konsep 1 Malaysia, anda semua mampu lakukan yg terbaik untuk diri anda dan juga negara yg kita cintai.
Tidak lupa juga kepada kalian yg baru saja menamatkn pengajian di IPTA mahupun IPTS, tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda mengharungi suatu tempoh yg agak lama sepanjang pengajian kalian di universiti saudara.... Saya berharap agar kalian semua memperoleh pekerjaan yg terbaik dan bertepatan dgn citarasa kalian... Bagi mereka yg tak dapat seperti yg diidamkn, jgn kecewa, mungkin itu adalah yg lebih baik utuk anda semua.
Happy 1 Malaysia
See u all...
Salam 1 Malaysia
Sunday, December 20, 2009
AsmaulHusna
Sunday, December 13, 2009
CUCMS Jogathon 2010
Apa khabar kalian?
Kepada semua pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)...
Sudahkah anda semua bersedia utk Jogathon kali ini yg julung kalinya diadakan di Taman Pancarona, Putrajaya. Satu tempat yg sangat menarik untuk kita semua terokai...
Apa yg boleh dikatakan di sini ialah Track Jogathon 2010 merupakan suatu track yg agak mempersonakan mata memandang kerana ia terletak di kawasan berbukit. Jadi, di kiri dan kanan anda semua nanti akan dipenuhi dgn kehijauan flora yg memukau...
Maklumat berkaitan Jogathon 2010 adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 Jan 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya
Justeru, diharapkan agar acara tahunan ini iaitu Jogathon 2010 akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh waraga CUCMS. Marilah kita bersama-sama membanjiri Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya ini bagi menjayakan segala program yg telah diatur dan dirancang.
...Jumpa anda di sana...
Selamat Pengantin Baru
Salam kasih daripada saya kpd saudara semua yg sudi membaca post ini.
Musim Cuti Sekolah & Perayaan
Pengantin tiga jam reda takdir
Oleh Nahar Tajri nahar@bharian.com.my

SANAK saudara serta rakan yang hadir pada hari perkahwinan yang bertukar menjadi majlis tahlil di homestay G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit dekat Alor Setar, semalam.
Wanita terlalu sedih terkenang suami maut nahas ngeri
ALOR SETAR: Pengantin perempuan yang kehilangan suami selepas hanya tiga jam melangsungkan perkahwinan di Taman Berlian Anak, Bukit di sini kelmarin reda dengan nasib yang menimpanya yang dianggapnya sebagai ketentuan Ilahi bagi menguji iman hamba-Nya. Inilah penjelasan Teh Affifah Shahirah, 23, kepada bapanya, Abdul Hamid Zakaria, 71, ketika pemberita meminta kebenaran untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung insiden menyayat hati yang menyebabkan beliau bergelar pengantin dan balu pada hari sama selepas kehilangan suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam kemalangan di Kangar, Perlis, kelmarin.
Mohd Ariff maut bersama ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang. Abdul Hamid berkata, anaknya yang dipanggil sebagai Teh, enggan berjumpa sesiapa kerana terlalu sedih dengan kejadian itu dan hanya mendiamkan diri di dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya, Siti Aishah Baharum, 58, sejak pulang dari Kangar, kelmarin. "Biarlah Teh tenangkan diri. Dia terlalu sedih dan tidak mahu jumpa sesiapa buat masa ini.
TEH Afiffah Shahirah (kiri) ditenteramkan sanak saudara.
"Mereka berdua sudah kenal lama tetapi berkawan rapat sejak dua tahun lalu dan banyak berhubung melalui internet kerana berjauhan. Teh melanjutkan pelajaran di Univerisiti Auckland, New Zealand manakala suaminya di United Kingdom (UK). "Saya kenal menantu saya dan saya memang bersyukur dikurniakan menantu seperti arwah. Ketika mahu melamar Teh, Mohd Ariff bertanya pada anak saya sudikah beliau melahirkan zuriatnya yang seterusnya membawa kepada hal nikah kahwin semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di majlis tahlil yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan di sini, semalam. Katanya, beliau juga sempat mengarang 12 rangkap pantun untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki hari ini (semalam) yang kini sebaliknya hanya tinggal kenangan. Terdahulu, Teh dilihat masuk ke 'homestay' G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit yang disewa khas untuk melangsungkan majlis perkahwinannya yang kemudian bertukar kepada majlis tahlil pada kira-kira jam 12.30 pagi.
GAMBAR kenangan Allahyarham Mohd Ariff mencium dahi Teh Afiffah selepas majlis akad nikah, kelmarin.
Beliau yang kelihatan sugul dilihat bersalaman dan berpelukan dengan saudara terdekat selain kenalan rapat yang sedia menanti sejak awal pagi. Teh kemudian dilihat masuk ke dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya yang turut membawa baju pengantin berwarna ungu bersama mereka. Pada kira-kira jam 1 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir bagi memenuhi jemputan namun beliau juga terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu. Sementara itu, Siti Aishah berkata, anaknya sering berasa tidak sedap hati dan tidak lalu makan seminggu sebelum melangsungkan perkahwinannya. "Teh selalu mengadu tak sedap badan selain berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena hingga menyebabkan lesu dan lemah," katanya.
Saturday, December 12, 2009
Marilah kita Hayati keUnikan Alam CiptaanNYA
Demi Matahari dan Sinarnya di Pagi Hari,
Demi Bulan apabila ia Mengiringi,
Demi Siang Hari bila menampakkan dirinya,
Demi Malam apabila ia menutupi...
Demi langit Beserta seluruh Binaannya,
Demi Bumi serta yang ada di Hamparannya,
Demi JIwa dan seluruh peNyempurnaannya.
Allah Subhanallah...
Allah Subhanallah...
Allah Subhanallah...
Allah mengIlhamkan sukma keFasikan & keTakwaan,
Beruntung bagi yg menSucikannya,
Merugi bagi yg meNgotorinya
Kecerdasan berasaskan ASMAULHUSNA

Khasiat: Menyembuhkan
1) Sesiapa yg membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali pd setiap malam selama sebulan dgn hati yg khusyuk dan merendahkan diri kpd Allah, dgn izin Allah pa yg diinginkan dikabulkan oleh Allah.
2) Sesiapa yg membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dgn sebutan 'Ya Allah Ya Hu', Allah mengurniakan keyakinan yg sempurna kpd org itu.
Sesiapa yg membacanya pd hari Jumaat sblm solat dlm keadaan bersih dan suci pakaiannya serta khusyuk hatinya, Allah mempermudahkan segala permintaannya.
3) Bg sesiapa yg menderita sesuatu penyakit yg sukar disembuhkan oleh perubatan moden, kemudian dia berdoa kpd Allah dgn nama ini, dgn izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.