Wednesday, January 5, 2011

"Selamat Datang Tahun 2011, Selamat Tinggal Tahun 2010"

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & Salam Perpaduan kpd teman2. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jualah maka saya dapat sekali lagi berkesempatan menulis post ini utk tatapan dan perkongsian kita bersama.

Sebelum saya meneruskan cetusan idea dan pendapat saya pada kali ini, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada teman2 semua. Adakah semua azam dan matlamat kita untuk tahun 2010 yang lalu mencapai sasarannya.....?
Tepuk dada, tanyalah diri masing2.... *___*
Walau apa pun jawapan kalian, saya di sini berharap dan mendoakan agar pada tahun ini, kita mulakan hidup baru.... bagi mereka yang telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tahun lepas, maka kekalkanah momentum yang sedia ada dalam diri kalian itu, namun bagi yang kurang berjaya, usah risau masih terdapat banyak lagi peluang2 di hadapan anadng mesti anda rebut.
Biarkanlah perkara yang lepas berlalu dan ambillah pengajaran daripadanya dalam membina kejayaan pada masa hadapan.

Teman2, sebenarnya dalam kita menghadapi cabaran hidup, kita telah mempelajari sesuatu yang sangat bernilai untuk diri kita yakni pengalaman. Di mana pengalaman inilah yang akan membantu diri kalian dalam membentuk insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sepanjang kehidupan kita di atas bumi Allah ini, marilah kita sentiasa menanam tekad dan azam yang tinggi dalam jiwa kita. Hal ini dapat memastikan agar kalian semua termasuk diri saya sendiri menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi segala cabaran serta dugaan di hadapan kita.

Marilah sama2 kita jadikan Tahun 2011 ini suatu medium dan waktu yang sesuai bagi kita untuk melonjak dengan lebih cemerlang lagi berbanding tahun2 yang lepas.
Ayuh, teman2, jadikanlah Tahun 2011 ini sebagai Tahun Transformasi kalian untuk terus maju....
Takbir!! ALLAHUAKBAR 3X!!!

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"