Tuesday, May 29, 2012

SeJuTa... Wali band

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi!

Marilah saudara sekalian, kita mulakan pagi kita dengan lafaz Alhamdulillah kerana dengan izin Yang Maha Esa, kita masih lagi dapat bernafas dengan nikmat kesihatan yang baik. Post aku kali ini hanya angin berkongsi sebuah lagu nyanyian Wali band yang diberi tajuk SEJUTA (Setia, Jujur & Taqwa). Lirik lagu ini sangat menyentuh hati aku setiap kali aku mendengarnya. Lebih daripada sejuta maksud yang tersimpan di sebalik lagu yang mempunyai lirik yang sangat ringkas dan mudah difahami ini.

Liriknya berbunyi seperti ini,

Pemudi pemuda hei harapan bangsa
Berhati-hatilah bila dilanda asmara
Jangan hanya rupa, jangan hanya harta
Awas awas kau terjebak terbuai dunia
Itu tak akan menjamin hidupmu bahagia

Reff:
Boleh boleh saja kau punya rupa yang indah
Boleh boleh saja kau bergelimangan harta
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa

Boleh boleh saja kau terlahir bagus rupa
Boleh boleh saja kau punya harta berlimpah
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa

Duhai kekasihku dambaan hatiku
Bila kau sayang aku maka dengarkan aku
Setialah untukku jujurlah padaku
Dan taqwalah dirimu pada tuhan selalu

Back to Reff: 2x

Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa
 

Ayuh, saudara sekalian mari kita reflek diri kita dengan lagu ini. Semoga ia mampu menyedarkan kita tentang tipu daya dan permainan dunia.
Wassalam.

Jumpa lagi di lain waktu, Insya-Allah.

"Optimize Your Potential, Maximize Your Achievement"

Monday, May 28, 2012

Sejenak Ku Terfikir...

Selamat pagi.

Pada pagi yg hening ini, hatiku tergerak untuk membuka sebuah buku rujukanku iaitu Physical Chemistry. Aku agak terkejut apabila mendapati ada satu tag yg diperbuat drpd kertas, tercatat di atasnya "IR MUHAMMAD HAFIZ". Aku agak terkelu tat kala terlihatnya. Seperti Sang Teruna yg terpesona melihat gadis idamannya di depan mata. Sejenak ku terfikir tentang realiti yang terjadi kepada ku skrg. Aku seperti hilang punca buat seketika.

Sesuatu yang luar biasa seharusnya perlu aku lakukan sekarang. Gempur dan terus gempur hidupmu, Hafiz. Usaha yang luar biasa mampu menghasilkan sesuatu yg difikirkan mustahil utk berlaku. Percayalah, mana mgkn sesuatu yg kita hajati tak kesampaian seandainya kita berusaha sedaya upaya dan sebaik mgkn. Allah menjanjikan kejayaan pada org yang berusaha dgn seikhlas hati.

Apa yang aku fikirkan skrg yang perlu aku lakukan sekarang adalah "BUSINESS". Inilah satu2nya jalan terbaik utk aku menyembuhkan luka di hati setelah tidak berpeluang untuk membuat kos kejuruteraan utk jangka masa lima tahun yang lalu. Kekayaan & kedudukan yang tinggi adalah cita-cita aku sekarang. Takkan la aku nak meikirkan sesuatu yg dah lepas dan terlepas. Baik aku fikirkan apa yang terbaik yang patut aku lakukan pada saat ini dan masa hadapan. Masa tetap berlalu walaupun kita berada pada tempat yang tetap atau sama. Betul tak?!




Dah tiba masanya utk aku mengorak langkah dan lakukan yang terbaik utk memperbaiki kehidupan aku skrg. Percayalah, akan ku lari ke puncak gunung mana pun seandainya di situlah letaknya kecemerlangan dan kejayaan aku.

Akhir kata, "Optimize Your Potential, Maximize Your Achievement".

Lakukan yaang terbaik!!!

Cetusan idea drpd: Fiz

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kpd semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi krn dgn limpah kurnianya masih lagi aku dpt meneruskan kehidupan dgn seribu satu nikmatNya. Di saat aku menulis blog ini, aku telah pn berjaya menamatkan pengajianku dalam Bachelor of Pharmacy kt CUCMS. Aku skrg ni tgh bercuti panjang sementara menunggu result akhir dan juga posting dari KKM. Aku berharap agar kpd sesiapa yg membaca blog aku ni, tolong doakan yang terbaik utk aku. Terima kasih.