Thursday, February 18, 2010

Asmaul Husna

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia
Kali ini, saya akan berkongsi dgn teman2 mengenai "Al-Malik". Seperti mn yg kita semua tahu, Al-Malik bermaksud Maharaja atau Yang Maha Berkuasa. Seperti mana dlm firman Allah yg berbunyi, "Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenar-benarnya...." -Surah Taha,ayat 114-.
Teman2, mari kita fahami maksud Al-Malik dgn lebih mendalam lg iaitu Zat yg tidak memerlukan kpd segala sesuatu yg ada. Allah yg mengendalikan semua urusan makhluk2nya secara adil tanpa memerlukn sebrg bantuan ataupun dihalang.

Teman2, sbg hamba Allah di atas pentas dunia ini, kita dpt rmenyedari seluruh yg ada di langit dan di bumi ini berada dlm kerajaan Allah dan gengamanNya apbl kita memahami Al-Malik dgn baik serta menerapkannya dlm kehidupan kita seharian.

Tidak ada seorg manusia pun di muka bumi ini yg dpt mendakwa dirinya sbg pemegang kuasa tertinggi. Apabila seseorg itu diberi peluang utk mnjadi penguasa, agenda utamanya adalah memberi rasa aman, bahagia dan sejahtera kepada saudara2nya. Hal ini krn dia sedar bahawa Tuhan tdk membebani hamba2nya, sbg mn firman Allah dlm Surah al-Baqarah, ayat 286, "Allah tdk membebani seseorg melainkn sesuai dgn kesanggupannya..."

Justeru, wahai teman2, sedarlah, apa yg dapat kita miliki? Kita sendiri adlh milik Allah. Jadi, mengapa kita yg diberi potensi Malik, tidak mahu menjadikn Al-Malik sbg pimpinan? Fikir2knlah.

Sekian daripada saya, wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Saturday, February 13, 2010

SeLaMaT bErCuTi !!!

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia...
Apa khabar teman2? Semoga teman2 berada dlm keadaan baik sejahtera. Pada kesempatan ini sy nak ucapkan selamat bercuti kepada teman2 terutamanya kepada semua pelajar CUCMS yg mula bercuti pada 13-21 Feb 2010. Gunakanlah masa yg terluang ini dgn melakukan perkara2 bermanfaat dalam meningkatkan kualiti diri kita di samping membentuk minda kelas pertama. Kepada pelajar CUCMS khususnya pelajar fakulti farmasi, belajarlah dan gunakanlah waktu2 terakhir ini utk mengulangkaji seoptimum mungkin sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan utk menduduki peperiksaan p'tghan semester yg akan bemula pada 15 hingga 18 Feb 2010 ini. Saya ucapkan kpd teman2, "Selamat Maju Jaya" "Lakukan yg Terbaik".

Sekian. Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Sepanjang Berada di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka

Pemandangan Indah di Pagi Hari


Bergambar sebelum pulang ke CUCMS


Water-confidence yg menguji kekentalan jiwa peserta


Zapin Ayam


Pak Let bersama Fasilitators yg tampan lagi bergaya orgnya


Khusyuk betul para peserta mendengar Kuliah Maghrib


Para peserta tekun Memasang Khemah

Peserta Mendengar Taklimat drpd Pak Let


Peserta disambut mesra oleh pihak Pengurusan Kem

Leadership Camp 2010

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia... Teman2, kali ini saya ingin berkongsi dgn teman2 mengenai Program Kem Kepimpinan 2010 anjuran Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS). Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Tanggal 5 Februari 2010 yg lalu, seramai 51 pelajar CUCMS telah mengikuti Kem Kepimpinan CUCMS bg sesi 2010. Untuk kem ini, saya telah mewakili batch Bachelor of Pharmacy 2008. Terdapat banyak cerita suka dan duka serta pelbagai perkara baru dan menarik yg saya akan berkongsi bersama teman2 sekalian.

Pengembaraan kami bermula apabila semua peserta kem diminta berkumpul di hadapan Kampus Lama CUCMS, Street Mall utk pendaftaran. Kemudian, kami diminta menaiki bas yg telah lama menunggu. Kami bertolak dari Cyberjaya ketika jam menunjukkan kira2 pkl 3.00 ptg. Ketika dalam perjalanan, kebanyakn topik yg dibualkn ialah apakah jenis2 aktiviti yg akan dilakukan di sana... Rasanya, x sabar2 utk sampai di Kem Lambaian Danau. Perjalanan kami memakan masa yg lebih lama daripada masa yg diperuntukkan kerana keadaan lebuhraya yg mengalami kesesakan yg agak serius. Apa yg kami boleh lakukan, hanyalah bersabar.
Akhirnya, kami sampai di kem yg ditujui dalam pkl 6.30ptg. Sewaktu tiba di sana, kami telah disambut mesra oleh pihak pengurusan kem yang diketuai oleh Pak Let selaku Kem Komandan.Selepas itu, semua peserta diminta berkumpul di sebuah dewan terbuka yg terdapt dalam kawasn kem lambaian danau utk mendgr taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti pertama kami di situ iaitu memasang khemah.
Kemudian, kami diberi masa oleh pihak pengursan kem utk mengemaskn diri terlebih dahulu sblm menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dgn kuliah maghrib yng dismpaikn oleh seorang bekas guru yg diundang khas. Kebetulan pada waktu kami di kem tersebut, terdapat satu lagi rombongan dari institusi pengajian lain yg turut menjalankan program di sana. Mereka merupakan pelajar2 Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM). Selepas selesai kuliah Maghrib, kami diminta berkumpul utk mendgr taklimat daripada pihak pengurusan kem dan juga fasilitator2. Pada ketika ini, semua pesrta telah dipecahkn kepada 4 kumpulan. Apa yg menariknya di sini ialah setiap kumpulan perlu menamakn kumpulan mereka dgn nama penyakit yang bermula dgn huruf 'b'. Setelah berbincang, kumpulan sy telah sebulat suara ingin menamakn kumpln kami sebagai Kump. Buasir (Kuning). Tiga lagi kumpulan telah diberi nama bisul, barah dan juga beguk. Pada awalnya, nama2 penyakit tersebut agak lucu bg para pesrta. Tetapi, lama-kelamaan semua pesrta menjd serasi dgn nama2 itu. Setelah selesai taklimat & ice-breaking, kami diberi masa hampir setgh jam utk berehat sebelum meneruskn aktiviti kami pd malm tersebut iaitu Night Walk. Kami telah cuba ditakutkn oleh hantu olok2 yg diletakkn di sepnjg laluan. Bayangkn teman2, hati mn yg x mersakn debaran yg memuncak apbl melalui jln yg sgt gelap dan ditemani dgn hantu olok2. Aktiviti tersebut tamat kira pkl 2.00pg keesokannya.

6 Feb 2010
Hari ini merupakan hari kedua utk para pesrta berada di kem lambaian danau ini yg dikelilingi tasik yg begitu luas. Aktiviti pertama kami pd hari itu ialah menjalani senaman "Zapin Ayam". Pd awalnya, ia kelihatn amt mudah dan biasa, rupa2nya 'Zapin Ayam' ini mampu membuatkn badan ini terasa sgt penat. Selepas itu, kami menuju ke dewan mkn utk bersarapan. Kemudian, kami telah diajar cara2 membuat rakit menggunakan buluh, pelampung dan juga tali. Teman2, kumpulan sy telah membina rakit yg paling besar berbanding rakit2 kump. lain.
Selepas selesai membina rakit, kami telah menjalani satu aktiviti yg agak mencabar & mencemaskn bg sy yg x pandai berenang iaitu water-confidence. Selepas itu, acara kemuncak pd pg itu pun tiba iaitu berlumba rakit menggunakan rakit2 yg telah dibina sebelum ini. Malangnya, kumpulan sy iaitu Kump Buasir mendapat tempat terakhir dlm perlumbaan tersebut. Walaupun begitu, semua pesrta diberi peluang sekali lg utk berlumba tetapi dgn syarat setiap kump. perlu menukar rakit antara satu sama lain. Biarpun diberi peluang sekali lg, kump. sy tetap menduduki tempat terakhir. Lebih kurang pkl 1.00ptg, semua pesrta dibenarkn balik ke khemah utk bersihkan diri dan juga menunaikn solat zohor. Pada pkl 2.30 ptg, semua pesrta berkumpul di 'dataran kasih' utk aktiviti setrusnya iaitu "lari berhalangan" dan juga "kayak Safari". Pelbagai telatah di kalangan para pesrta terutama kump. saya menyebabkn aktiviti tersebut menjadi lebih meriah & terhibur. Kump. saya telah mendapat 100 mata utk "lari berhalangan" kerana berjaya menamatkan larian seminit sebelum masa yg ditetapkn tamat. Utk "kayak safari", ia merupakn ekspedisi yg palg mencabar kerana kami terpaksa turun dari kayak utk memsatikan kayak dapat menyusuri laluan paya yg agak sempit. Apa yg lebih mencabar ketika aktiviti ini ialah terdapat bayak lintah di kaw. paya ini.
Pada sebelah malam, pihak pengurusan kem telah menyediakan kpd kami menu yg sgt istimewa iaitu BBQ. Ada ikan patin bakar, nasi tomato, ayam panggang dan sosej bakar. Semuanya mengiurkn kami dan secara jujur saya katakn yg maknn t'sebut menjadikan saya berasa sgt puas & kenyang.
Selepas itu, kami diminta membentangkn hasil kerja pasukan kami iaitu mereka satu Management game. Akhirnya, kump. saya mendapat tempat pertama & terbaik utk aktiviti tersebut.

7 Feb 2010
Pada pagi hari terakhir kami di Kem Lambaian Danau ini, kami telah dibawa melawat sekitar kawasan luar kem. Ramai peserta mengambil kesempatan utk bergambar sebagai kenangan.
Selepas itu, aktiviti terakhir kami ialah triathlon iaitu sejenis pertandingan yg melibatkn 3 games berbeza iaitu berkayak, treasure hunt & juga OTOS(one team one spirit).
Kemudian, kira2 pkl 11.30pg, semua pesrta diminta pulang ke khemah utk berkhemas & membuka khemah.
Pada pkl 12.30pm, semua berkumpul di dewan terbuka utk majlis penutup dan penyampaian sijil.

Kesimpulannya, kem ini menerapkan banyak nilai2 murni dan perkara2 positif dlm diri setiap peserta utk membtk pemimpin yg cemerlang lagi bertanggungjawab di masa hadapan. Saya berharap agar kem ataupun program seumpama ini akan diadakn lagi pada masa akan datang...
Semangat berpasukan amat penting utk mencapai suatu objektif


One Team One Spirit (OTOS) yg amat mencabar


Sekian. Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


Thursday, February 11, 2010

Sedarlah Wahai Teman...

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia!!!
Apa khabar teman2 sekalian? Terutamanya kpd teman2 yg sedang membaca blog "Penggempur Generasi Y" buat masa ini. Tahniah sy ucapkan kpd teman2 kerana berjaya menggunakn sedikit masa teman2 untuk membaca kandungn blog ini. Semoga kita meneruskan perkongsian bersama tidak kira dari segi pengalaman mahupun idea, terlebih dahulu sy ingin perkenalkn diri sy dgn lebih detail lagi agar teman2 tidak berasa segan utk b'komunikasi dgn sy.
Teman2, nama diberi Muhammad Hafiz Bin Mohamad Pisol... di kolej, dikenali @ dipanggil "hafiz pisol"... Utk pengetahuan teman2, official nickname yg sy guna utk diri ini adalah "mdhz89"... Sbb apa begitu? Biarlah ia rahsia....
Dilahirkn di Hospital Besar Alor Star pada pagi Isnin bersamaan 8 Sept. 1989... Skrg, saya masih lagi menetap di kedah iaitu di daerah Kubang Pasu...
Jadi, itulah serba-sedikit mengenai diri sy...

Pejam-celik2, kini kita semua telah pun melangkah masuk ke bulan Feb 2010. Rasanya, masih baru lg smbutan Tahun Baru 2010, tetapi rupa2nya sudah sebulan detik itu meninggalkn kita. Jadi, ayuh teman2, sudahkh teman2 memulakan langkah utk mencapai azam 2010?? Jika masih belum lg berbuat apa2, marilah mulai saat ini kita bangun dan segarkn diri untuk menuju kecemerlangan dunia & akhirat..

Dalam mengharungi kancah kehidupan yang kian mencabar ini, acap kali mungkin teman2 mahupun sy sendiri hampir terbabas dari laluan sebenar.. jadi sebelum perkara buruk terjadi, marilah kita persiapkn diri masing2 dengan kekuatan rohani dan jasmani sebaik mungkin.. Jangan terhantuk baru nak tergadah & jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Tambahan pula, pada usia muda sebeginilah kita perlu mencari bekalan sebanyak yg mungkn kerna kita semua belum tahu lg sampai bila kita mampu terus hidup mahupun jatuh sakit. Binalah kekuatan dalam diri teman2 semoga suatu masa nnti teman2 dpt menjadi khalifah di muka bumi ini yg dapat membantu membangunkn diri teman2 sendiri mahupun orang lain.

Akhir kata daripada sy, hafiz pisol,
"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Jumpa lg di lain waktu. Wassalam.