Saturday, February 13, 2010

Leadership Camp 2010

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia... Teman2, kali ini saya ingin berkongsi dgn teman2 mengenai Program Kem Kepimpinan 2010 anjuran Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS). Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Tanggal 5 Februari 2010 yg lalu, seramai 51 pelajar CUCMS telah mengikuti Kem Kepimpinan CUCMS bg sesi 2010. Untuk kem ini, saya telah mewakili batch Bachelor of Pharmacy 2008. Terdapat banyak cerita suka dan duka serta pelbagai perkara baru dan menarik yg saya akan berkongsi bersama teman2 sekalian.

Pengembaraan kami bermula apabila semua peserta kem diminta berkumpul di hadapan Kampus Lama CUCMS, Street Mall utk pendaftaran. Kemudian, kami diminta menaiki bas yg telah lama menunggu. Kami bertolak dari Cyberjaya ketika jam menunjukkan kira2 pkl 3.00 ptg. Ketika dalam perjalanan, kebanyakn topik yg dibualkn ialah apakah jenis2 aktiviti yg akan dilakukan di sana... Rasanya, x sabar2 utk sampai di Kem Lambaian Danau. Perjalanan kami memakan masa yg lebih lama daripada masa yg diperuntukkan kerana keadaan lebuhraya yg mengalami kesesakan yg agak serius. Apa yg kami boleh lakukan, hanyalah bersabar.
Akhirnya, kami sampai di kem yg ditujui dalam pkl 6.30ptg. Sewaktu tiba di sana, kami telah disambut mesra oleh pihak pengurusan kem yang diketuai oleh Pak Let selaku Kem Komandan.Selepas itu, semua peserta diminta berkumpul di sebuah dewan terbuka yg terdapt dalam kawasn kem lambaian danau utk mendgr taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti pertama kami di situ iaitu memasang khemah.
Kemudian, kami diberi masa oleh pihak pengursan kem utk mengemaskn diri terlebih dahulu sblm menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dgn kuliah maghrib yng dismpaikn oleh seorang bekas guru yg diundang khas. Kebetulan pada waktu kami di kem tersebut, terdapat satu lagi rombongan dari institusi pengajian lain yg turut menjalankan program di sana. Mereka merupakan pelajar2 Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM). Selepas selesai kuliah Maghrib, kami diminta berkumpul utk mendgr taklimat daripada pihak pengurusan kem dan juga fasilitator2. Pada ketika ini, semua pesrta telah dipecahkn kepada 4 kumpulan. Apa yg menariknya di sini ialah setiap kumpulan perlu menamakn kumpulan mereka dgn nama penyakit yang bermula dgn huruf 'b'. Setelah berbincang, kumpulan sy telah sebulat suara ingin menamakn kumpln kami sebagai Kump. Buasir (Kuning). Tiga lagi kumpulan telah diberi nama bisul, barah dan juga beguk. Pada awalnya, nama2 penyakit tersebut agak lucu bg para pesrta. Tetapi, lama-kelamaan semua pesrta menjd serasi dgn nama2 itu. Setelah selesai taklimat & ice-breaking, kami diberi masa hampir setgh jam utk berehat sebelum meneruskn aktiviti kami pd malm tersebut iaitu Night Walk. Kami telah cuba ditakutkn oleh hantu olok2 yg diletakkn di sepnjg laluan. Bayangkn teman2, hati mn yg x mersakn debaran yg memuncak apbl melalui jln yg sgt gelap dan ditemani dgn hantu olok2. Aktiviti tersebut tamat kira pkl 2.00pg keesokannya.

6 Feb 2010
Hari ini merupakan hari kedua utk para pesrta berada di kem lambaian danau ini yg dikelilingi tasik yg begitu luas. Aktiviti pertama kami pd hari itu ialah menjalani senaman "Zapin Ayam". Pd awalnya, ia kelihatn amt mudah dan biasa, rupa2nya 'Zapin Ayam' ini mampu membuatkn badan ini terasa sgt penat. Selepas itu, kami menuju ke dewan mkn utk bersarapan. Kemudian, kami telah diajar cara2 membuat rakit menggunakan buluh, pelampung dan juga tali. Teman2, kumpulan sy telah membina rakit yg paling besar berbanding rakit2 kump. lain.
Selepas selesai membina rakit, kami telah menjalani satu aktiviti yg agak mencabar & mencemaskn bg sy yg x pandai berenang iaitu water-confidence. Selepas itu, acara kemuncak pd pg itu pun tiba iaitu berlumba rakit menggunakan rakit2 yg telah dibina sebelum ini. Malangnya, kumpulan sy iaitu Kump Buasir mendapat tempat terakhir dlm perlumbaan tersebut. Walaupun begitu, semua pesrta diberi peluang sekali lg utk berlumba tetapi dgn syarat setiap kump. perlu menukar rakit antara satu sama lain. Biarpun diberi peluang sekali lg, kump. sy tetap menduduki tempat terakhir. Lebih kurang pkl 1.00ptg, semua pesrta dibenarkn balik ke khemah utk bersihkan diri dan juga menunaikn solat zohor. Pada pkl 2.30 ptg, semua pesrta berkumpul di 'dataran kasih' utk aktiviti setrusnya iaitu "lari berhalangan" dan juga "kayak Safari". Pelbagai telatah di kalangan para pesrta terutama kump. saya menyebabkn aktiviti tersebut menjadi lebih meriah & terhibur. Kump. saya telah mendapat 100 mata utk "lari berhalangan" kerana berjaya menamatkan larian seminit sebelum masa yg ditetapkn tamat. Utk "kayak safari", ia merupakn ekspedisi yg palg mencabar kerana kami terpaksa turun dari kayak utk memsatikan kayak dapat menyusuri laluan paya yg agak sempit. Apa yg lebih mencabar ketika aktiviti ini ialah terdapat bayak lintah di kaw. paya ini.
Pada sebelah malam, pihak pengurusan kem telah menyediakan kpd kami menu yg sgt istimewa iaitu BBQ. Ada ikan patin bakar, nasi tomato, ayam panggang dan sosej bakar. Semuanya mengiurkn kami dan secara jujur saya katakn yg maknn t'sebut menjadikan saya berasa sgt puas & kenyang.
Selepas itu, kami diminta membentangkn hasil kerja pasukan kami iaitu mereka satu Management game. Akhirnya, kump. saya mendapat tempat pertama & terbaik utk aktiviti tersebut.

7 Feb 2010
Pada pagi hari terakhir kami di Kem Lambaian Danau ini, kami telah dibawa melawat sekitar kawasan luar kem. Ramai peserta mengambil kesempatan utk bergambar sebagai kenangan.
Selepas itu, aktiviti terakhir kami ialah triathlon iaitu sejenis pertandingan yg melibatkn 3 games berbeza iaitu berkayak, treasure hunt & juga OTOS(one team one spirit).
Kemudian, kira2 pkl 11.30pg, semua pesrta diminta pulang ke khemah utk berkhemas & membuka khemah.
Pada pkl 12.30pm, semua berkumpul di dewan terbuka utk majlis penutup dan penyampaian sijil.

Kesimpulannya, kem ini menerapkan banyak nilai2 murni dan perkara2 positif dlm diri setiap peserta utk membtk pemimpin yg cemerlang lagi bertanggungjawab di masa hadapan. Saya berharap agar kem ataupun program seumpama ini akan diadakn lagi pada masa akan datang...
Semangat berpasukan amat penting utk mencapai suatu objektif


One Team One Spirit (OTOS) yg amat mencabar


Sekian. Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


No comments:

Post a Comment