Thursday, February 11, 2010

Sedarlah Wahai Teman...

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia!!!
Apa khabar teman2 sekalian? Terutamanya kpd teman2 yg sedang membaca blog "Penggempur Generasi Y" buat masa ini. Tahniah sy ucapkan kpd teman2 kerana berjaya menggunakn sedikit masa teman2 untuk membaca kandungn blog ini. Semoga kita meneruskan perkongsian bersama tidak kira dari segi pengalaman mahupun idea, terlebih dahulu sy ingin perkenalkn diri sy dgn lebih detail lagi agar teman2 tidak berasa segan utk b'komunikasi dgn sy.
Teman2, nama diberi Muhammad Hafiz Bin Mohamad Pisol... di kolej, dikenali @ dipanggil "hafiz pisol"... Utk pengetahuan teman2, official nickname yg sy guna utk diri ini adalah "mdhz89"... Sbb apa begitu? Biarlah ia rahsia....
Dilahirkn di Hospital Besar Alor Star pada pagi Isnin bersamaan 8 Sept. 1989... Skrg, saya masih lagi menetap di kedah iaitu di daerah Kubang Pasu...
Jadi, itulah serba-sedikit mengenai diri sy...

Pejam-celik2, kini kita semua telah pun melangkah masuk ke bulan Feb 2010. Rasanya, masih baru lg smbutan Tahun Baru 2010, tetapi rupa2nya sudah sebulan detik itu meninggalkn kita. Jadi, ayuh teman2, sudahkh teman2 memulakan langkah utk mencapai azam 2010?? Jika masih belum lg berbuat apa2, marilah mulai saat ini kita bangun dan segarkn diri untuk menuju kecemerlangan dunia & akhirat..

Dalam mengharungi kancah kehidupan yang kian mencabar ini, acap kali mungkin teman2 mahupun sy sendiri hampir terbabas dari laluan sebenar.. jadi sebelum perkara buruk terjadi, marilah kita persiapkn diri masing2 dengan kekuatan rohani dan jasmani sebaik mungkin.. Jangan terhantuk baru nak tergadah & jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Tambahan pula, pada usia muda sebeginilah kita perlu mencari bekalan sebanyak yg mungkn kerna kita semua belum tahu lg sampai bila kita mampu terus hidup mahupun jatuh sakit. Binalah kekuatan dalam diri teman2 semoga suatu masa nnti teman2 dpt menjadi khalifah di muka bumi ini yg dapat membantu membangunkn diri teman2 sendiri mahupun orang lain.

Akhir kata daripada sy, hafiz pisol,
"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Jumpa lg di lain waktu. Wassalam.

No comments:

Post a Comment