Thursday, August 19, 2010

Untuk Tatapan Bersama

Assalamualaikum & Salam Perjuangan...

Kpd teman2 yg ku kasihi, apa khabar kalian semua setelah sekian lama saya menyepi daripada mengemaskini blog ini. Walau bagaimanapun, pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberikan peluang utk saya mendekati kalian semua di samping berkongsi sedikit sebyk perasaan dan pengalaman bersama kalian semua.

Alhamdulillah, pd tahun ini kita masih lagi berkesempatan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yg penuh dgn keberkatan dan kemuliaan serta rahmat Ilahi ini. Di sini, saya berharap agar diri saya sendiri dan teman2 dpt buat yang terbaik untuk Ramadan kali ni. Marilah kita sama2 banyakkan ibadat2 sunat seperti Qiamullail, membaca Al-Quran, berzikir, dan bertahmid agar kita dapat menyucikan hati kita sepanjang Ramadan ini sekaligus berjaya memperoleh redha-Nya.

Memang byk dugaan dan cabaran yg pasti kita sebagai manusia di atas pentas dunia ini akan lalui dan hadapi... Jadi, utk menjadi antara mereka yg berjaya di dunia dan akhirat, kita perlu siapkan diri masing2 dgn tahap kesabarn yg tinggi. Insya-Allah, apa yg kita semua idamkan akan dapat dicapai dengan mudah. Apa yg penting usaha dan tawakal sepanjang masa. Jgnlah kita sekali-kali melupakanNya, leih2 lg ketika kita berada dlm keseronokan. Tanamkan rasa syukur yg mendalam dalam diri kita... insyaAllah, nikmat Allah itu akan sentiasa bertambah utk kita semua.

Sebelum saya mengundur diri utk sementara waktu, saya ingin tinggalkan kalian semua dgn soalan ini; “Apa yang tentera lakukan sblm ke medan perang utk bertempur adalah dgn memastikan yg segalanya telah mencukupi seperti peluru dan senjata2 lain, tetapi kita sebagai manusia yg hanya akan hidup di atas muka bumi ini utk beberapa ketika shj, adakah telah menyiapkan segala bekalan utk berhadapan dgn Sang Pencipta yakni Allah di akhirat nanti??? Renungkanlah... wahai saudara2 ku sekalian.

Wassalam.

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"