Monday, May 28, 2012

Sejenak Ku Terfikir...

Selamat pagi.

Pada pagi yg hening ini, hatiku tergerak untuk membuka sebuah buku rujukanku iaitu Physical Chemistry. Aku agak terkejut apabila mendapati ada satu tag yg diperbuat drpd kertas, tercatat di atasnya "IR MUHAMMAD HAFIZ". Aku agak terkelu tat kala terlihatnya. Seperti Sang Teruna yg terpesona melihat gadis idamannya di depan mata. Sejenak ku terfikir tentang realiti yang terjadi kepada ku skrg. Aku seperti hilang punca buat seketika.

Sesuatu yang luar biasa seharusnya perlu aku lakukan sekarang. Gempur dan terus gempur hidupmu, Hafiz. Usaha yang luar biasa mampu menghasilkan sesuatu yg difikirkan mustahil utk berlaku. Percayalah, mana mgkn sesuatu yg kita hajati tak kesampaian seandainya kita berusaha sedaya upaya dan sebaik mgkn. Allah menjanjikan kejayaan pada org yang berusaha dgn seikhlas hati.

Apa yang aku fikirkan skrg yang perlu aku lakukan sekarang adalah "BUSINESS". Inilah satu2nya jalan terbaik utk aku menyembuhkan luka di hati setelah tidak berpeluang untuk membuat kos kejuruteraan utk jangka masa lima tahun yang lalu. Kekayaan & kedudukan yang tinggi adalah cita-cita aku sekarang. Takkan la aku nak meikirkan sesuatu yg dah lepas dan terlepas. Baik aku fikirkan apa yang terbaik yang patut aku lakukan pada saat ini dan masa hadapan. Masa tetap berlalu walaupun kita berada pada tempat yang tetap atau sama. Betul tak?!




Dah tiba masanya utk aku mengorak langkah dan lakukan yang terbaik utk memperbaiki kehidupan aku skrg. Percayalah, akan ku lari ke puncak gunung mana pun seandainya di situlah letaknya kecemerlangan dan kejayaan aku.

Akhir kata, "Optimize Your Potential, Maximize Your Achievement".

Lakukan yaang terbaik!!!

Cetusan idea drpd: Fiz

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


No comments:

Post a Comment