Friday, October 5, 2012

Tipu Muslihat Lelaki Pengecut

Bismillahirrahmanirrahim... Kali ini aku ingin berkongsi rasa hati aku terhadap trend dunia masa ini. Kita sering mendengar cerita-cerita berkaitan dengan putus cinta antara pasangan yang akhirnya sanggup membunuh diri dek kerana tidak sanggup meneruskan kehidupan tanpa bekas kekasih di sisi. Tapi, post aku kali ini bukan nak bincangkan pasal kes-kes seumpama itu, sebaliknya, aku ingin tekankan di sini mengenai sesetengah lelaki yang pada luarnya nampak baik tetapi dalamannya amat busuk dan keji. 

Pernah aku bertanyakan soalan kepada rakan-rakanku yang berjantina lelaki, soalannya berbunyi, "Beb, kau kalau nak pilih calon isteri, kau akan pilih yang macam mana?"... Jawapan yg selalu aku dgr, "Mestilah aku pilih yang baik, pandai jaga maruah diri, tak pernah berkapel, berbudi bahasa, bersopan santun, penuh dgn sifat keibuan dan byk lg lah... ".... Tuppp... Tiba-tiba, timbul persoalan dlm fikiran aku... "Bukan main memilih lagi engkau, kau sedar x apa yg kau ckpkn ni beb?"... Persoalan ini aku hanya biarkan ia terjwb sendiri di minda aku. Mana tak hanginnya aku, dia bukan main kapel sakan lg, berapa byk dah gadis-gadis yang kecundang dgn dia. Senang2 ja kau main-main hati dan perasaan pompuan, dah buat dia mcm2, akhirnya kau tinggalkan dia then bila dah tiba masa nak kawen, kau try utk cari yang paling baik... Mmg kau ni kejam la beb. Kau berkapel ngan dia, kontek dia dan selalu berkongsi perasaan ngan dia, bila ajak kawen ngan dia, kau tak berani nak proceed. Aku tahu sebabnya adalah kau dah buat macam2 ngan dia sebelum kawen. So, kau takut tak best la kan sbb dh wat bnda lebih2 sblm kau kawen ngan dia. Bagi aku, kau ni mmg layak dipanggil lelaki pengecut!!! Nampak luar maskulin bukan main, bila ajak kawen, mntk kau pikul tanggungjawab, kau dah mengelak. Apa ni beb? Mana sifat kelakian kau yang sebenar? Dah taw x sanggup dan berhasrat utk jadikan dia isteri kau yang sah nnt, buat apa kau kapel ngan dia? Hanya utk melempiaskan nafsu serakah kau semata-mata ke beb? Sedar la beb, kalo kau x plan nak kawen ngan dia, please la, kau lepaskn dia dan kalau boleh jangan lagi dah kontek dia. Kalo kau nak tahu, kau dah menganggu hidup dia. Tambah2 lagi, kalo dia dah ada hubungan serius dgn lelaki lain yg mmg diorg dah plan nak dirikan mahligai bahagia kelak, lagi byk masalah lain yang kau akan timbulkan.

Memanglah kau ckap ngan ex-gf kau, yang kau just nak berkawan ngn dia. Tapi, bagi aku, semua tu hanya tipu muslihat engkau je beb! Aku pun lelaki jugak. Aku taw perasaan lelaki kalo dah jumpa ngan pompuan. Akan rasa syok yg lain punya lambat laun walaupn pd awalnya kau betol2 jaga perasaan kau terhdp dia. Lainlah kalo engkau tu mmg gay! x der nafsu kat pompuan. Tp, kalo pompuan yg kau buat tu ada kaitan ngan aku, aku akan tetap halang punya sebab my special one x boleh kawan dengan org yg abnormal mcm kau! Kau lelaki sepatutnya faham dan hormati hak lelaki lain. Memanglah si pompuan tu boleh accept kau sbg kawan, tp, kau kena ingat sbg lelaki Tuhan dah bg kt kita 9 akal dan 1 nafsu. So, kau bertindaklah dgn akal tu! Kalo engkau x dapat nak fikirkan psl perkara ni, apa yang sepatutnya kau buat, aku rasa ada something wrong ngan kau.

Please la, aku suggest kt kau, kau balik rumah, kau mandi and pastu kau ambik wudhuk. Then, kau bentangkan sejadah ke arah kiblat, dan kau sembahyang solat sunat  taubat... sebelum pintu taubat tertutup utk kau. Jgn timbulkan masalah lg pd orang lain. InsyaAllah, Tuhan je yang mampu sedarkan kau dan menerima taubat kau. Please lah, aku kesian tengok pompuan yg jd mangsa kau ni. Kalau kau tak kesian kat diorang pn, kau tolonglah kesian kat diri kau sendiri. Sebabnya kau tengah mengundang malapetaka, kau taw tak?! Kau tu sebenarnya pengecut dan penakut. Buat memalukan kaum Adam je. Sedar2lah beb sebelum terlambat.


No comments:

Post a Comment