Sunday, October 7, 2012

Aku Di Saat Ini

Perasaan ku semakin menjadi tidak tentu arah. Semakin aku berfikir, semakin menjadi kelam-kabut. Jadi, buat masa sekarang, jalan yang terbaik bagi aku adalah dengan terus menunggu dan bersabar. Aku pasti, semua ini telahpun dirancang olehNya. Sebagai hamba, aku tak mampu membuat apa-apa melainkan hanya dengan berdoa ke hadrat Ilahi. 

Tinggal lebih kurang 24 jam sahaja lagi sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur untuk menhadiri Majlis Konvokesyenku yang bakal diadakan di PICC, Putrajaya. Bagi aku, semua ni tak membawa apa-apa makna sangat dalam kamus hidupku kerna aku pasti yang akan lebih bermakna adalah kerjayaku nanti. Itulah yang akan menjamin kebahagiaanku serta kesenanganku di masa hadapan. Terima kasih yang tak terhingga aku tujukan kepada kedua ibu bapaku yang telah banyak berkorban dan memberi sumbangan yang tak ternilai selama ini. Tidak lupa juga kepada semua ahli keluargaku, sanak-saudara serta sahabat2 handai yang sentiasa bersamaku tak kira masa dan ketika.

Sepanjang aku berehat (bercuti) selama hampir lima bulan ni, kini baru aku sedar yang aku perlu bekerja sementara waktu sebelum mendapat surat postin daripada kementerian berkenaan. Kalau dulu sewaktu belajar, aku diberi elaun bulanan, namun kini, semua tu hanya tinggal sejarah. Aku tak mampu lagi hidup tanpa sebarang pekerjaan. Nak harapkan pertolongan ibu bapa ku semata-mata? Aku kasihankan mereka kerna masih ramai lagi adik-adikku yang lebih memerlukan sokongan kewangan daripada diorang.Maafkan Hafiz, mak dan ayah sebab menyusahkan kalian selama ini. Hafiz janji yang hafiz akan bantu untuk ringankan beban mak dan ayah. Pasal adik-adik, Hafiz doakan agar Allah bukakan pintu hati diorang untuk terus gigih belajar dan berusaha bagi memastikan kejayaan diorang di dunia dan akhirat.

Rakan-rakan pembaca blog PGY sekalian, aku ingin meminta saudara semua supaya tolong doakan perjalanan pergi balik aku ke Majlis Konvokesyen nanti. Semoga Allah mempernudahkan serta memberkati segala urusanku di sana nanti. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment