Tuesday, May 29, 2012

SeJuTa... Wali band

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi!

Marilah saudara sekalian, kita mulakan pagi kita dengan lafaz Alhamdulillah kerana dengan izin Yang Maha Esa, kita masih lagi dapat bernafas dengan nikmat kesihatan yang baik. Post aku kali ini hanya angin berkongsi sebuah lagu nyanyian Wali band yang diberi tajuk SEJUTA (Setia, Jujur & Taqwa). Lirik lagu ini sangat menyentuh hati aku setiap kali aku mendengarnya. Lebih daripada sejuta maksud yang tersimpan di sebalik lagu yang mempunyai lirik yang sangat ringkas dan mudah difahami ini.

Liriknya berbunyi seperti ini,

Pemudi pemuda hei harapan bangsa
Berhati-hatilah bila dilanda asmara
Jangan hanya rupa, jangan hanya harta
Awas awas kau terjebak terbuai dunia
Itu tak akan menjamin hidupmu bahagia

Reff:
Boleh boleh saja kau punya rupa yang indah
Boleh boleh saja kau bergelimangan harta
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa

Boleh boleh saja kau terlahir bagus rupa
Boleh boleh saja kau punya harta berlimpah
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa

Duhai kekasihku dambaan hatiku
Bila kau sayang aku maka dengarkan aku
Setialah untukku jujurlah padaku
Dan taqwalah dirimu pada tuhan selalu

Back to Reff: 2x

Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa
Tapi maaf maaf aku hanya ingin kau setia
Kau jujur dan taqwa
 

Ayuh, saudara sekalian mari kita reflek diri kita dengan lagu ini. Semoga ia mampu menyedarkan kita tentang tipu daya dan permainan dunia.
Wassalam.

Jumpa lagi di lain waktu, Insya-Allah.

"Optimize Your Potential, Maximize Your Achievement"

Monday, May 28, 2012

Sejenak Ku Terfikir...

Selamat pagi.

Pada pagi yg hening ini, hatiku tergerak untuk membuka sebuah buku rujukanku iaitu Physical Chemistry. Aku agak terkejut apabila mendapati ada satu tag yg diperbuat drpd kertas, tercatat di atasnya "IR MUHAMMAD HAFIZ". Aku agak terkelu tat kala terlihatnya. Seperti Sang Teruna yg terpesona melihat gadis idamannya di depan mata. Sejenak ku terfikir tentang realiti yang terjadi kepada ku skrg. Aku seperti hilang punca buat seketika.

Sesuatu yang luar biasa seharusnya perlu aku lakukan sekarang. Gempur dan terus gempur hidupmu, Hafiz. Usaha yang luar biasa mampu menghasilkan sesuatu yg difikirkan mustahil utk berlaku. Percayalah, mana mgkn sesuatu yg kita hajati tak kesampaian seandainya kita berusaha sedaya upaya dan sebaik mgkn. Allah menjanjikan kejayaan pada org yang berusaha dgn seikhlas hati.

Apa yang aku fikirkan skrg yang perlu aku lakukan sekarang adalah "BUSINESS". Inilah satu2nya jalan terbaik utk aku menyembuhkan luka di hati setelah tidak berpeluang untuk membuat kos kejuruteraan utk jangka masa lima tahun yang lalu. Kekayaan & kedudukan yang tinggi adalah cita-cita aku sekarang. Takkan la aku nak meikirkan sesuatu yg dah lepas dan terlepas. Baik aku fikirkan apa yang terbaik yang patut aku lakukan pada saat ini dan masa hadapan. Masa tetap berlalu walaupun kita berada pada tempat yang tetap atau sama. Betul tak?!




Dah tiba masanya utk aku mengorak langkah dan lakukan yang terbaik utk memperbaiki kehidupan aku skrg. Percayalah, akan ku lari ke puncak gunung mana pun seandainya di situlah letaknya kecemerlangan dan kejayaan aku.

Akhir kata, "Optimize Your Potential, Maximize Your Achievement".

Lakukan yaang terbaik!!!

Cetusan idea drpd: Fiz

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"


Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kpd semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi krn dgn limpah kurnianya masih lagi aku dpt meneruskan kehidupan dgn seribu satu nikmatNya. Di saat aku menulis blog ini, aku telah pn berjaya menamatkan pengajianku dalam Bachelor of Pharmacy kt CUCMS. Aku skrg ni tgh bercuti panjang sementara menunggu result akhir dan juga posting dari KKM. Aku berharap agar kpd sesiapa yg membaca blog aku ni, tolong doakan yang terbaik utk aku. Terima kasih.


Thursday, March 10, 2011

Nafas Yang Terhenti

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kpd para pembaca sekalian.

Menghela nafas di setiap penjuru kehidupan ini membawa seribu satu makna buat setiap makhluk bernama manusia. Tanpa sesuatu kepercayaan (belief) dan semangat juang yg tinggi, adalah suatu yg amat mustahil bg setiap insan itu dapat mengorak langkah dalam usaha mengejar kejayaan yang diidamkan. Setiap nafas yang dihelakan adalah suatu nikmat Allah yg tiada bandingannya. Sbg manusia, apa yg patut sy dan kalian sume lakukan adalah mencuba melakukan yg terbaik dlm setiap saat yg dilalui. Menyesali sesuatu yg sudah berlalu merupakan sesuatu seksaan sebnrnya setiap kali ia dikenang. Justeru, bg mengelakkan seksaan itu, seharusnya kita cuba lakukan yg terbaik dalam setiap saat dlm hidup ini atau pun dlm erti kata lainnya, setiap hela nafas, semestinya kita lakukan yg terbaik utk menjamin kejayaan hidup ini. Bak kata pepatah Melayu dulu2x, "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna"..

Fikir2kn teman2x yg daku kasihi sekalian.

Kalam akhir drpd sy,

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"

Tuesday, March 8, 2011

Dulu, Kini & Selamanya

Assalamualaikum n gud day pd sume...

Kali ni aku nak kongsi ckit pengalaman n cerita psl idup aku... Byk benda2 manis n pahit yg aku alami.. aku rasa korang pn mesti cmtu gak kn... hahaha...
Back to my real story, aku ni org yg agak manja sebenarnya.. tapi dlm mnja2 aku ni pn, aku suka bangga diri tanpa hiraukan n hargai pertolongan sume org yg aku sayang kt sekeliling aku...
Apa la teruk sgt perangai aku ni kn... Tp, x pe, sume tu biarknlah mnjd sejarah sbbnya once aku dh realize, aku akn try improve la ckit2. Aku ni hanyalah manusia biasa... kn2??

Lepas je aku spm, aku melanjtkn study kt MSU.. wat kos perubatan.. Kawan2, tau x, bila diimbaskn kembali perjalanan idup aku sblm tu... hahahaha lawak gila.. bayangkan aku x penah terlintas nak wat doktor, tiba2 senang2 ja ubah pikiran dr nak wat engineering terus amik doktor. Tp, jodoh aku ngan doktor tak pnjg... abih ja foundatn 1 yr kt MSU (sbg preparation wat dr kat oversea), aku ubah laluan aku ke bidang yang ada bau2 bacang (kaitan ) ngan dr. yaitu farmasi..... skrg, pejam celik2x dah masuk 3rd yr.. kira2 insyaAllah krg 1 thn lbh lg aku dh nak grad.. bina hidup baru la lepas tu kn as org yg dh bekerjaya..... moga2 berjaya ngan cemerlang (sama2 doakn ye...).

Sbnrnya, pd awal2 aku tau yg aku dah makin jauh ngan engineering, aku dah rasa "loss everything" dlm hdp aku. Anyway, alhamdulillah, atas berkat sokongan family members aku especially mak n ayah aku yg paling aku sayangi n kak nurul aku (kakak sulung) yang aku cintai telah menjdkn aku mampu "survive" hingga ke saat ini. Aku akui ramai lg org yg bernasib lbh malang dr aku... Terima Kasih Ya ALLAH atas pertolonganMU yg tiada tolok bandingnya walaupun di"compare" dgn 7 lautan skali pn...

Bila dah masuk 3rd yr ni, idup aku dah mula "betul2 busy" dek krn final project (research) n jugak byk subjek yg nak kena "kampoi".. guna loghat kedah ckit la noh...

Apap2 pn, yg pntg skrg ni, sape2 pn kena berjuang bermati-matian selagi bergelar manusia yg bernyawa di atas bumi ni. Aku harap pd masa akan datang, aku dpt jd seorang yg cemerlang, gemilang n terbilang dr segi akhlaknya, intelligent nya... dan apa yg plg pntg dunia n akhirat mesti kena seimbang. Amin3x...

Yakinlah pd diri yang sebenarnya kita mampu buat apa sj yg kena nak n bergantung pd tahap pengorbanan serta kesanggupn kita merealisasikannya... Mcm aku, kalau tidak aku nak jadi engineer n motivator... tapi, x pe lah, bila dah aku dlm proses nak jd seorang pegawai farmasi, aku dah pikir n decide masak2 yg satu hari nnt aku nak jadi seseorang yang berjaya dlm keseluruhan kerjaya aku iaitu aku akn pastikan for my future life, dlm suatu masa yg sama aku akn "run" 3 pekerjaan iaitu Pegawai Farmasi (Consultancy), Ahli perniagaan (pharmaceutical industry/ company) n Pakar Motivasi. Kombinasi sume pekerjaan yg berbeza tu, aku akan bina empayar perniagaan aku sendiri yg insyaAllah akan diberi nama MDHZ Corporation (MDHZCorp) di mana merangkumi Consultancy berkaitan farmasi, Syarikat/ kilang yg menghasilkn pharmceutical products dan anak syarikat yg menjalankn (conduct) Kursus Motivasi yg ber"class" profesional.

Skrg n akan datang, aku hya mengharapkan yg terbaik di mana segala yang dilaksanakan menjdi bakti di dunia dan sbg bekalan utk akhirat kelak...
Wallahua'lam.

"Usaha dan Tawakal adalah Tiang Utama dlm Menempa Kejayaan"

Monday, March 7, 2011

Entah mengapa

Di sini menjadi jalan yg paling hitam pernah aku alami sepanjang kehidupan aku bergelar manusia biasa. Tiada apa yang mampu ku bicarakan tatkala mengenang kembali detik permulaan bg kembara yang amat memeritkan ini. Andaikata memindahkan bulan dari kedudukannya menjadi syarat kpd pengakhiran seksaan hidupku ini, sudah pasti aku sanggup lakukannya....

Sesaat yang aku alami sekarang seperti seminit aku mengalami pengalaman hitam lagi memeritkan. Entah, sampai bila harus ku begini. Untuk keluar dari kepompong kebodohan bukan suatu jalan yang mudah kerana ia memerlukan banyak pengorbanan dan beranian yang amat tinggi untuk membuat suatu keputusan. "Mudah utk diluahkan melalui lisan dan sukar untuk dilaksanakan" mungkin suatu ungkapan yang saya fikir sangat sesuai untuk keadaan saya pada ketika ini.

Be continued...

MDHZCorp

Wednesday, January 5, 2011

"Selamat Datang Tahun 2011, Selamat Tinggal Tahun 2010"

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & Salam Perpaduan kpd teman2. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jualah maka saya dapat sekali lagi berkesempatan menulis post ini utk tatapan dan perkongsian kita bersama.

Sebelum saya meneruskan cetusan idea dan pendapat saya pada kali ini, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada teman2 semua. Adakah semua azam dan matlamat kita untuk tahun 2010 yang lalu mencapai sasarannya.....?
Tepuk dada, tanyalah diri masing2.... *___*
Walau apa pun jawapan kalian, saya di sini berharap dan mendoakan agar pada tahun ini, kita mulakan hidup baru.... bagi mereka yang telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tahun lepas, maka kekalkanah momentum yang sedia ada dalam diri kalian itu, namun bagi yang kurang berjaya, usah risau masih terdapat banyak lagi peluang2 di hadapan anadng mesti anda rebut.
Biarkanlah perkara yang lepas berlalu dan ambillah pengajaran daripadanya dalam membina kejayaan pada masa hadapan.

Teman2, sebenarnya dalam kita menghadapi cabaran hidup, kita telah mempelajari sesuatu yang sangat bernilai untuk diri kita yakni pengalaman. Di mana pengalaman inilah yang akan membantu diri kalian dalam membentuk insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sepanjang kehidupan kita di atas bumi Allah ini, marilah kita sentiasa menanam tekad dan azam yang tinggi dalam jiwa kita. Hal ini dapat memastikan agar kalian semua termasuk diri saya sendiri menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi segala cabaran serta dugaan di hadapan kita.

Marilah sama2 kita jadikan Tahun 2011 ini suatu medium dan waktu yang sesuai bagi kita untuk melonjak dengan lebih cemerlang lagi berbanding tahun2 yang lepas.
Ayuh, teman2, jadikanlah Tahun 2011 ini sebagai Tahun Transformasi kalian untuk terus maju....
Takbir!! ALLAHUAKBAR 3X!!!

"Optimumkan Kebolehan, Maksimumkan Pencapaian"