Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan nikmatNya, dapat lagi kita
sama-sama hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Segala-galanya
bermula dengan usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berada pada
landasan yang betul dalam misi untuk mencapai Wawasan 2020. Aku akui keadaan
politik di negara ini masih lagi terkawal biarpun pelbagai cubaan untuk
menggugat keamanan negara terus direncanakan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Sebagai sebuah
parti politik, seharusnya kita wajar memikirkan dahulu tindak-tanduk yang bakal
kita lakukan sebelum nasi menjadi bubur. Baru-baru ini, kejadian amuk yang
berlaku di Jabatan Perdana Menteri sudah cukup untuk menggambarkan ketaksuban
segelintir pihak yang sanggup membuat kekecohan demi kepentingan diri sendiri
tanpa menghiraukan impak negatif yang akan terjadi. Masih banyak lagi cara dan
usaha yang boleh dilakukan untuk berkempen, bukannya dengan menimbulkan
kebencian rakyat terhadap pihak kerajaan. Kerajaan telah melakukan banyak usaha
dalam mentransformasikan politik negara. Tahniah diucapkan kepada KERAJAAN di
bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas segala usaha yang
dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah dalam memastikan kelangsungan
pembangunan negara tercinta.
Walaupun sudah
hampir dua tahun telah berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2010, tetapi masih
segar di ingatanku mengenai 7 amanat yang telah disampaikan oleh YAB Perdana
Menteri dalam ucapan penggulungan beliau iaitu:
1) Utamakan MARUAH
PARTI, bukan kepentingan diri
2) Pentingkan
SEMANGAT SEPASUKAN, bukan kumpulan sendiri
3) Tawan hati,
PEMIKIRAN & KEYAKINAN rakyat
4) Kuasai TEKNOLOGI
SIBER & MEDIA MAYA
5) Daftarkan 4 JUTA
PENGUNDI BARU & DEKATI mereka
6) Selesaikan
masalah dalaman, jadilah PARTI SIFAR MASALAH
7) DAHULUKAN RAKYAT
dalam setiap tindakan
Itulah antara
amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib. Aku berharap
agar pada PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, parti keramat kita, UMNO
dapat menawan kembali semua negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang
sebelum ini. Dengan segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh
anggota parti pada semua peringkat, aku yakin kemenangan bakal menjadi milik
kita.
Ayuh, rakan-rakan seperjuangan, marilah sama-sama kita berusaha sebaik
mungkin dan berdoa agar kita dapat memenangi semula hati rakyat Malaysia tidak
kira agama mahu pun bangsa. Yang pasti, biarlah PRU-13 mampu menjadi kayu
pengukur terhadap hasil kegigihan kita selama ini dalam meraih semula sokongan
rakyat terhadap Barisan Nasional, umumnya dan UMNO, khususnya sekaligus dapat
memastikan Malaysia terus gah di mata dunia sebagai negara Islam termaju di
dunia. InsyaAllah, marilah sama-sama kita doakan.
Janaan idea
daripada:
Fiz
"OPTIMUMKAN
KEBOLEHAN, MAKSIMUMKAN PENCAPAIAN"
No comments:
Post a Comment