Sunday, December 13, 2009

Musim Cuti Sekolah & Perayaan

Salam Satu Malaysia kalian semua....

Sempena cuti sekolah dan musim perayaan nih (Krismas), saya ingin mengambil kesempatan ini utk berpesan pada semua agar berhati-hati serta berwaspadalah di jalan raya. Malang tidak berbau. Ingatlah, jangan memandu atau menunggang secara tergesa2 dan terlalu laju, hal ini kerana sikap sebeginilah yg mengundang kecelakaan jln raya.
Apa yg kita dapat baca melalui akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2009, terdapat dua kemalangan tragis yg meragut 5 nyawa dalam kejadian berasingan. Yang lebih menyedihkan apabila ia melibatkan seorang pengantin yg baru saja diijab kabul baru lebih kurang tiga jam... Akhirnya, seorang lagi pengantin terpaksa bersedih dan pasrah dengan kematian tersebut.
Kejadian lain pulak berlaku membabitkan dua adik beradik rentung dalam kebakaran rumah mereka akibat dirempuh sebuah lori tangki minyak. Bayangkan, nyawa mereka yg tidak berdosa pergi begitu saja... Justeru, sedarlah wahai rakyat Malaysia yg prihatin, muhasabahlah diri kita dan cuba sedia upaya kita mengubah sikap kita agar lebih sabar, berhati2 dan paling penting bertimbang rasa ketika berada di atas jalan raya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Jika perkara ini berlaku, sudah tiada gunanya menyesal lagi.
Pada kesempatan ini juga, marilah kita bersama2 bertafakur sejenak & sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada mereka yg telah pulang kerahmatullah ini... Kita doakan agar roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin...Amin.
Akhir skali, cuba kita semua renungkan pepatah Melayu ini , "Sesal dahulu pendapatan, Sesal semua tidak berguna" dan cubalah ambil pengajaran daripada apa yg telah berlaku. Jgn sampai perkara ini erlaku pada keluarga mahupun diri kita sendiri, baru kita nak menyesal. Mungkin pada saat itu, segala2nya sudah terlambat.

Pengantin tiga jam reda takdir
Oleh Nahar Tajri nahar@bharian.com.my


SANAK saudara serta rakan yang hadir pada hari perkahwinan yang bertukar menjadi majlis tahlil di homestay G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit dekat Alor Setar, semalam.

Wanita terlalu sedih terkenang suami maut nahas ngeri

ALOR SETAR: Pengantin perempuan yang kehilangan suami selepas hanya tiga jam melangsungkan perkahwinan di Taman Berlian Anak, Bukit di sini kelmarin reda dengan nasib yang menimpanya yang dianggapnya sebagai ketentuan Ilahi bagi menguji iman hamba-Nya. Inilah penjelasan Teh Affifah Shahirah, 23, kepada bapanya, Abdul Hamid Zakaria, 71, ketika pemberita meminta kebenaran untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung insiden menyayat hati yang menyebabkan beliau bergelar pengantin dan balu pada hari sama selepas kehilangan suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam kemalangan di Kangar, Perlis, kelmarin.

Mohd Ariff maut bersama ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang. Abdul Hamid berkata, anaknya yang dipanggil sebagai Teh, enggan berjumpa sesiapa kerana terlalu sedih dengan kejadian itu dan hanya mendiamkan diri di dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya, Siti Aishah Baharum, 58, sejak pulang dari Kangar, kelmarin. "Biarlah Teh tenangkan diri. Dia terlalu sedih dan tidak mahu jumpa sesiapa buat masa ini.

TEH Afiffah Shahirah (kiri) ditenteramkan sanak saudara.

"Mereka berdua sudah kenal lama tetapi berkawan rapat sejak dua tahun lalu dan banyak berhubung melalui internet kerana berjauhan. Teh melanjutkan pelajaran di Univerisiti Auckland, New Zealand manakala suaminya di United Kingdom (UK). "Saya kenal menantu saya dan saya memang bersyukur dikurniakan menantu seperti arwah. Ketika mahu melamar Teh, Mohd Ariff bertanya pada anak saya sudikah beliau melahirkan zuriatnya yang seterusnya membawa kepada hal nikah kahwin semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di majlis tahlil yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan di sini, semalam. Katanya, beliau juga sempat mengarang 12 rangkap pantun untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki hari ini (semalam) yang kini sebaliknya hanya tinggal kenangan. Terdahulu, Teh dilihat masuk ke 'homestay' G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit yang disewa khas untuk melangsungkan majlis perkahwinannya yang kemudian bertukar kepada majlis tahlil pada kira-kira jam 12.30 pagi.


GAMBAR kenangan Allahyarham Mohd Ariff mencium dahi Teh Afiffah selepas majlis akad nikah, kelmarin.


Beliau yang kelihatan sugul dilihat bersalaman dan berpelukan dengan saudara terdekat selain kenalan rapat yang sedia menanti sejak awal pagi. Teh kemudian dilihat masuk ke dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya yang turut membawa baju pengantin berwarna ungu bersama mereka. Pada kira-kira jam 1 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir bagi memenuhi jemputan namun beliau juga terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu. Sementara itu, Siti Aishah berkata, anaknya sering berasa tidak sedap hati dan tidak lalu makan seminggu sebelum melangsungkan perkahwinannya. "Teh selalu mengadu tak sedap badan selain berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena hingga menyebabkan lesu dan lemah," katanya.

Terbitan: Berita Harian 13 Disember 2009

No comments:

Post a Comment