Sunday, December 13, 2009

Selamat Pengantin Baru

Salam Satu Malaysia...
Rasanya belum terlambat lg utk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang telah pun, sedang mahu pun akan melangsungkan perkawinan ketika cuti sekolah ini. Apa saya harapkan semoga hubungan tersebut kekal hingga ke akhir hayat serta akan memperoleh zuriat yg soleh dan solehah.
Sudah pasti, sekarang ini banyak di kampung2 mahupun bandar2, diadakan kenduri kawin utk memberitahu semua bahawa pasangan2 terbabit sudah selamat diijabkabul menjadi pasangan yang sah. Walaubagaimanapun, dalam kita seronok bergembira, pastikan kita tetap mengamalkan langkah berjaga2 bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan tetap dipandang serius. Biarpun di rumah kenduri, pastikan makanan dan minuman yg dihidangkan bersih terkebih dahulu... Sebelum memulakan perjalanan, periksa keadaan kenderaan dan mulakanlah dengan doa naik kenderaan. Semoga saudara semua terhibur dengan setiap agenda dan aktiviti yang anda lakukan...

Gambar hiasan

Salam kasih daripada saya kpd saudara semua yg sudi membaca post ini.

1 comment:

  1. Betul tu... apa2 pun yang penting... kita kena selalu beringat... kita selalu terlupa apabila sibuk dengan urusan2 lain...

    ReplyDelete